Macam Filem Barat, Netizen Terkejut Tengok Trailer Filem ‘Pulau’, “Macam Mana Boleh Lepas…”

Sponsored

Filem terbaru Malaysia yang dibarisi pelakon terkenal tanah air seperti Alif Satar, Amelia Henderson, Ikmal Amry dan Namron menjadi bualan warganet di media sosial. Semuanya gara-gara ramai yang terkejut melihat trailer filem tersebut yang dikongsikan untuk tujuan promosi filem.

Difahamkan, filem berjudul Pulau itu akan ditayangkan di pawagam bermula 9 Mac ini di mana ia mengisahkan tentang sekumpulan lelaki dan wanita yang berkunjung ke sebuah pulau. Mereka kemudiannya berdepan dengan detik seram apabila berlakunya kejadian mistik di pulau tersebut.

Sponsored

Walaupun jalan ceritanya berjaya menarik perhatian ramai namun kebanyakan netizen meluahkan rasa terkejut dengan beberapa adegan yang ditonjolkan. Terutamanya babak wanita berbikini dan aksi ghairah dilakukan Ms Puiyi yang dikatakan tidak sesuai untuk tontonan di Malaysia.

Macam mana boleh lepas?

Perkongsian trailer rasmi filem Pulau ini turut membuatkan orang ramai mempersoalkan tindakan Lembaga Penapis Filem (LPF) yang membenarkan tayangan babak-babak tersebut. Malah ada juga yang membandingkan filem tersebut dengan beberapa filem lain dari luar negara yang dihalang tayangan kerana unsur-unsur tertentu.

Sponsored

“Dua perkara yang buat tertanya-tanya, kenapa Alif Satar terima role ni? Macam mana boleh lepas this type of movie?”

“Eh terkejut awal awal dah berbikini? Lepas pulak cerita macam ni?”

Sponsored

Poster filem dikatakan sama

Bukan itu sahaja, netizen turut menimbulkan pertanyaan apabila poster filem berkenaan dikatakan sama dengan sebuah filem dari luar negara yang berjudul Fantasy Island yang ditayangkan pada tahun 2020. Walaupun terdapat sedikit perbezaan namun kebanyakan bahagian poster itu didakwa hampir sama dengan poster asal.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter