Sebelum ini, status rumah tangga Eina Azman dan suami menjadi tanda tanya apabila pelakon itu memuat naik videonya sedang menangis di Instagram. Malah ramai yang menyangka pelakon itu diuji dengan masalah rumah tangga seperti kehadiran orang ketiga yang hangat berlaku sekarang ini.
Namun persoalan tersebut akhirnya terjawab apabila Eina Azman menerima kejutan dari suaminya semasa majlis perlancaran produk terbarunya. Di dalam video yang tular itu, suaminya iaitu Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden hadir bersama jambangan duit sebagai kejutan hari jadi pelakon itu.
Eina Azman juga dilihat tidak dapat menahan sebak dan sempat mempersoalkan tindakan suaminya yang berdiam diri semasa ulang tahunnya. Tambah pelakon itu, perkara itu membuatkan dia ‘overthinking’ dan berfikir yang bukan-bukan apatah lagi dengan musim ‘penyondol’ yang hangat diperkatakan sekarang ini.
Dikecam Diva AA
Susulan video yang dikongsikan ini, ramai yang meluahkan rasa kurang senang apabila pasangan suami isteri ini menjadikan isu rumah tangga mereka sebagai kejutan hari jadi. Malah pengacara Azwan Ali juga turut memuat naik satu hantaran di mana dia menyelar tindakan pelakon tersebut.
Tambah Diva AA, dia menganggap kejutan atau ‘prank’ yang dilakukan itu hanyalah sebagai satu gimik murahan untuk mempromosikan produk terbaru keluaran pelakon tersebut. Menurutnya lagi, ‘prank’ yang dibuat pasangan suami isteri ini juga adalah untuk menarik perhatian orang ramai semata-mata.
“Gimik marketing murahan paling jijik…”
Terdahulu, Eina Azman memuat naik videonya sedang menangis dan meluahkan perasaan kecewa apabila dirinya tidak dihargai. Walau bagaimanapun, pelakon itu tidak menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku namun mengakui ada beberapa perkara yang mengganggu fikirannya pada waktu tersebut.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.