Shuib Dan Mamat Kongsi Satu ‘Frame’, Netizen Kurang Senang Tengok Gaya…

Sponsored

Kisah persahabatan antara bekas ahli kumpulan Sepah yang terdiri antara Shuib, Jep dan Mamat ini pernah menjadi idola ramai. Bermula dari bawah, sama-sama menyertai uji bakat untuk mengubah nasib dan masa depan mereka, akhirnya Sepah berjaya mencipta nama dalam industri hiburan tanah air.

Kini masing-masing sudah membawa haluan sendiri. Malah sejak akhir-akhir ini nama Shuib dan Jep menjadi bualan ramai selepas menjawab persoalan ramai mengapa usahawan dan pelawak itu tidak lagi muncul di Sepahtu Reunion, tetapi bersama kumpulan UBI.

Sponsored

Timbul pula kisah mengenai ketidak puas hati antara dua-dua selebriti ini yang mana ibu Shuib turut mengeluarkan kenyataan mengenai isu tersebut.

Bagaimanapun, baru-baru ini Shuib dan Mamat buat live bersama menerusi akaun TikTok masing-masing. Gaya sembang kedua-dua pelawak ini dilihat cukup santai. Berikut adalah beberapa rakaman dua pelawak ini ketika live bersama yang dimuat naik semula di TikTok:

Sponsored

Bagaimanapun, rakaman ketika Shuib dan Mamat live di TikTok ini ada yang mendakwa seolah tiada komunikasi dua hala. Antaranya Mamat seolah bercakap sendiri tanpa reaksi dari Shuib. Malah ada juga yang mendakwa seolah Shuib elak dari menjawab soalan ditujukan kepadanya.

Meninjau di ruangan komen, ada netizen yang mendoakan hubungan persahabatan mereka bertiga kembali terjalin. Malah ada juga reaksi lain seperti berikut:

Sponsored

“Mamat yang banyak borak banyak ingatkan kenangan..Shuib cam nak layan tak nak layan je..Tak apa la..Doa yang baik2 je la”

“Aku ingat aku je yang perasan Shuib palau Mamat..Rupanya ramai jugak yang perasan”

“Dari pandangan aku la, Soeb ni nampak macam lost lepas arwah Sarah meninggal”

“Rileks la..Biasalah kawan baik mesti ada masa macam ni korang tak pernah ada kawan baik ke tak kan tak pernah melaluinya. Doakan yang terbaik je lah”

SumberTiktok