“Malik is back”- Ketuk kaki sebelum masuk kereta, Aaron Aziz dirakam peminat

Sponsored

Sejak kebelakangan ini nama pelakon popular KL Gangster iaitu Datuk Aaron Aziz mendapat perhatian warganet di media sosial. Mana tidaknya, dia dilihat bakal muncul dalam sebuah filem baharu berjudul Sheriff yang difahamkan dia bakal memegang watak jahat.

Malah kelibatnya dengan penampilan seperti watak jahat mengundang ramai kembali teruja kerana dia bakal muncul dengan lakonan aksi selepas dia begitu diminati dalam filek KL Gangster. Kesan dalam filem tersebut, dia sehingga kini diingati ramai sebagai lelaki gangster bernama Malik.

Sponsored

Walau bagaimanapun, baru-baru ini pula kelibat pelakon Aaron Aziz dengan tubuhnya bertatu seperti sedang habis shooting membuatkan seorang peminatnya begitu teruja kerana dapat melihatnya secara berdepan. Dengan pantas juga, individu terbabit merakam video kelibat pelakon tersebut.

Tidak perasan dirinya dirakam, gelagat Aaron Aziz disamping mempunyai aura tersendiri mengundang rakaman video tersebut menjadi tumpuan ramai sehingga kembali menjadi perbualan warganet sejak akhir-akhir ini.

Sponsored
@mierinbaien_

@mirraraf berani nk rembat parking Malik?? @aaron aziz The Original Gangster 😱 #aaronaziz #klgangster

♬ original sound – Baiens_ – Baiens_

Namun begitu, selain penampilan Aaron Aziz yang membuatkan ramai peminat teringat akan watak Malik, sempat juga kebanyakannya memberikan tumpuan terhadap tindakan Aaron Aziz sebelum masuk ke dalam keretanya dengan menghentakkan kaki sebelum itu bagi memastikan kasutnya bersih.

‘Gangster pun ketuk kaki sebelum masuk keta mat’

Sponsored

‘Masuk kereta ketuk kaki dulu tu’

‘Malik is back, cuti dah habis’

‘Bestnya dapat jumpa pelakon yang kita minat’