Semalam tular di sosial media dengan satu rakaman yang memaparkan seorang bapa mengamuk datang sekolah dan memegang kayu. Dalam rakaman itu lelaki tersebut menjerit kepada guru dan dilihat kakitangan sekolah cuba menenangkannya.
Dalam video bapa mengamuk datang sekolah yang dikongsikan itu dilihat keadaan terkawal. Lelaki amuk berkenaan dilihat meninggalkan ruang perhimpunan sekolah tersebut.
Disebabkan video itu, ramai yang meninggalkan reaksi terkejut dan menasihatkan lelaki mengamuk ini untuk membawa berbincang elok-elok dengan pihak sekolah.
Bagaimanapun menerusi satu video, dijelaskan rupa-rupanya rakaman bapa mengamuk di sekolah itu adalah satu sesi latihan demonstrasi keselamatan yang dianjurkan untuk keselamatan murid dan kakitangan sekolah.
Dipaparkan dalam video berkenaan para pelajar berlindung di bawah meja dan berbaring di lantai di dalam kelas untuk melindungi diri. Berikut adalah rakaman penjelasan berkenaan:
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka yang mengakui terkesan kerana video tular bapa mengamuk itu rupanya hanyalah latihan. Malah ada juga yang memuji bila ada sekolah yang mengadakan sesi latihan sebegini sebagai persediaan hari mendatang.
Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian di TikTok tersebut:
“Bagus la macam ni… Anak aku sekolah swasta tak de pulak awareness gini..Biar dorang siap sedia di hari mendatang”
“Aiyo..kesian member tu kena maki sumpah netizen”
“Bukan budak je kena prank bapak budak pun sekali”
“Satu Malaysia join program ni”