“Mak Jenny kena tengok…”- Makin jadi perhatian ramai, Fiza Sabjahan selamba masak pakai ‘heels’

Sponsored

Sejak kebelakangan ini, pengacara yang dikenali dengan nama Fiza Sabjahan semakin menjadi perhatian netizen selepas tularnya beberapa rakaman video dirinya di media sosial. Fiza Sabjahan, 40, merupakan salah seorang pengacara popular dalam rancangan Wanita Hari Ini.

Rakaman tersebut bagaimanapun membuatkan peminat yang tidak terlepas mengikuti perkembangannya di kaca televisyen juga memberikan pujian terhadap dirinya yang bermula dari bawah sehingga kini menjadi pengacara popular.

Sponsored

Bukan itu sahaja, peminat dan netizen juga kagum dengan kecantikan Fiza Sabjahan yang sentiasa kelihatan cantik dan tidak dimakan usia. Walau bagaimanapun, kali ini nampaknya netizen terkedu lagi dengan kebolehan pengacara Wanita Hari Ini (WHI) sehingga menyebabkan dia menjadi perbualan di media sosial.

Fiza Sabjahan dilihat sempoi memasak dirancangan tersebut namun lebih menjadi perhatian lagi apabila dia dengan selamba memakai heels ketika memasak dan kelihatan tidak kekok langsung.

Sponsored
@whitv3malaysia_official

kalau min pakai heels macam tu duduk tegak je 😂 #whitv3 #lawak #masak #fypシ

♬ Flowers – Miley Cyrus

‘Kalau min pakai heels macam tu duduk tegak je” tulis di akaun Whitv3malaysia_official yang membuatkan netizen menghujani pula ruangan komen dengan pelbagai reaksi apabila Fiza Sabjahan membuatkan ramai memberikan pujian dengan kebolehannya itu memasak memakai heels.

‘Kalau i masak pakai heels macam tu, bukan setakat i yang tertonggeng dengan periuk belanga…’

Sponsored

‘Hebat ar, kalau saya mau terseliuh kaki, tertonggeng sekali kuali terbalik’

‘Hari-hari pakai dah jadi biasa…”

‘Idola dunia pengacaraan…’