Hubungan di antara Zarina Anjoulie dan pasangannya, Datuk Seri Khazrul Elzey terhenti di tengah jalan selepas pasangan itu dikatakan telah putus tunang. Walaupun tidak berkongsikan tentang punca perpisahan itu, kedua-duanya ada meluahkan perasaan di akaun media sosial masing-masing.
Terdahulu, Anju meminta bekas tunangnya untuk berhenti menggunakan dia sebagai bahan konten di media sosial. Malah dia turut berharap lelaki itu dapat bersikap matang dan menyelesaikan isu di antara mereka dengan lebih baik tanpa melibatkan medium Tik Tok.
Khazrul walau bagaimanapun seakan tidak kisah dengan amaran dari Anju dan dilihat sempat membalas komen dari netizen di media sosial. Menurutnya, dia mengakui berasa malu apabila pelakon wanita itu berpakaian seksi dan memuat naik gambar tersebut di Instagram.
“Susah la hati saya masih terkejut dia pakai seksi macam tu, saya malu. Kenapa anju macam tu tolong lah jaga aurat.”
Tambah lelaki itu, dia berasa malu dan terkejut dengan tindakan pelakon wanita itu selain berharap dia dapat menjaga auratnya sebagai seorang wanita. Dalam masa yang sama, Khazrul berkata dia sedia maklum tentang amaran yang diberikan oleh Anju yang memintanya berhenti menjadikan dia bahan konten di media sosial.
“Ya tapi dia warning saya. Saya tak suka orang warning-warning saya. Dia cakap saya buat konten guna gambar dia? Dah gambar saya dengan dia nak buat macam mana?”
Terdahulu, Zarina Anjoulie dilihat memadamkan gambar-gambar lelaki itu dari Instagram sekaligus menimbulkan spekulasi tentang status hubungan mereka. Difahamkan, hubungan tersebut telah pun putus tidak sampai sebulan mereka mengikat tali pertunangan.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.