Peminat nak ‘sign’, owner Elrah tolong kejar Amir Ahnaf dapat pujian ramai

Sponsored

Sebut sahaja nama Amir Ahnaf, tentu ramai yang menyukai bakat lakonannya dalam drama bersiri Projek High Council. Malah nampaknya dia berjaya membuatkan penonton rancangan tersebut tertumpu kepada dirinya.

Sehinggakan apa sahaja dilakukan pelakon ini sekarang tidak terlepas diikuti oleh peminatnya. Keunikan wajah dan bakat dimiliki Amir Ahnaf juga mengundang dia sering menerima pujian dan sorotan di media sosial.

Sponsored

Baru-baru ini pula, Amir Ahnaf menjadi perbualan ramai apabila dia ditemui peminat dan dikeliling ramai yang teruja dapat bertemu dengannya di satu acara. Walau bagaimanapun, tidak hanya Amir Ahnaf malah owner kepada jenama baju Melayu, Elrah turut diperkatakan ramai.

Ini kerana, disaat seorang peminat Amir Ahnaf yang memegang cover telefon yang memaparkan gambar jejaka berkenaan beserta pen ingin mendapatkan tanda tangannya. Namun begitu, mungkin terlalu ramai dikeliling peminat, Amir Ahnaf tidak menyedarinya. Tetapi suasana makin meriah apabila owner Elrah dilihat perasan akan peminat Amir Ahnaf itu lalu berlari mendapatkannya.

Sponsored

“Owner Elrah sumpah baik,” tulis pemilik akaun tersebut dan dalam pada itu rakaman tersebut membuatkan orang ramai juga lega kerana peminat terbabit berjaya mendapatkan tanda tangan Amir Ahnaf.

‘Amir dah janji hahaha sebaik El Azman notice tolong pass kan’

Sponsored

‘Sumpah comel do, Amir dah janji’

‘Asal comel sangat do kau ni’

‘Amie dah janji hahaha’

Sumber00reoo_