Naim Daniel Sebagai ‘Ayam’ Babak Akhir Curi Tumpuan, “Member Semua Tahan Gelak”

Sponsored

Projek High Council menjadi satu fenomena luar biasa dalam industri hiburan tanah air. Sebuah karya yang diterbitkan oleh Astro Originals, biarpun hanya 10 episod tayangannya namun kesan jalan ceritanya cukup menarik perhatian ramai.

Apatah lagi bila diletakkan para pelakon lama dan baru dalam satu naskah, kejayaan drama ini sememangnya dipuji ramai. Antara pelakon baru yang mencuri perhatian penonton adalah Amir Ahnaf, Mierul Aiman, Nadhir Nasar dan ramai lagi.

Sponsored

Bagaimanapun, baru-baru ini seorang pelakon dan penyanyi, Naim Daniel sebagai Ayam dalam drama ini turut menjadi buah mulut ramai. Perkongsian babak akhir drama tersebut juga telah mencuri perhatian ramai.

Manakan tidak, Naim Daniel sebagai Ayam sebelumnya telah ‘nyawa-nyawa ikan’ apabila terjatuh dari tingkat atas bangunan asrama ketika pergaduhan beramai-ramai di asrama Kudrat.

Sponsored

Malah ada segelintir penonton yang menyangka Ayam sudah tiada, namun kehadirannya ketika perhimpunan dalam episod akhir membuatkan ramai lega.

Perkongsian di sebalik tabir rakaman penggambaran episod akhir ini telah membuatkan ramai terhibur. Memang plot twist habis kehadiran Ayam di dewan perhimpunan tersebut!

Sponsored

Siapa sangka juga akhirnya tradisi High Council yang telah bertapak sekian lama di Kudrat akhirnya terhenti. Setelah pelbagai perkara terjadi, biarpun alumni Kudrat tidak bersetuju dengan langkah ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka seperti berikut:

“Yang kat depan tu tersengih tak relax betul”

“Direct dari hospital elok je pakai kemas2 baju sekolah ye ayam”

“Hahaha yang depan tu dah berdekah”

SumberTikTok