Isu antara Jep dan Shuib mengenai kumpulan Sepahtu nampaknya kian mendapat perhatian peminat. Sebelum ini peminat berulang kali meminta Shuib untuk kembali dengan Sepahtu dan bertanyakan sebab mengapa figura itu tidak lagi muncul dalam sitkom popular berkenaan.
Akhirnya Jep mendedahkan apa yang terjadi sebenarnya membuatkan isu tersebut telah menimbulkan pelbagai spekulasi. Bagaimanapun, Mamat Sepah baru-baru ini meminta netizen untuk tidak membuat sebarang spekulasi dakwaan wujudnya perselisihan faham dua rakannya, Shuib dan Jep itu.
Malah Mamat juga memlilih untuk enggan mengulas lanjut mengenai krisis dalam berkenaan dan berharap dua sahabatnya itu dapat selesaikan masalah berkenaan dengan baik dan adil.
Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad akui ini bukanlah pergaduhan dan hanyalah salah faham. Malah Mamat sempat meluahkan perasaannya bila keluar dari kumpulan pelawak yang mereka tubuhkan sebelum ini.
“Saya nak komen lebih-lebih pun tak boleh sebab tak ada di pentas mereka, tapi mereka sahabat baik saya dan ini stau dugaan untuk mereka sebab selama ni nak sangat jadi popular.
“Saya tak rasa diorang nak berlawan, sebab Shuib dengan Jep ni ngam. Netizen jangan laga-lagakan. Mereka sangat profesional.”
“Saya keluar dari Sepah, saya tak buat apa-apa statement. Sebab saya sayang mereka ni. Jangan berpecahlah saya harap. Saya pernah alami perpecahan tu. Sakit tu bila kawan-kawan takde.”
Berikut adalah temubual Mamat yang dimuat naik menerusi akaun TikTok mStar tersebut:
Mamat harap isu Shuib dan Jep dapat diselesaikan tersebut telah membuatkan ramai puji cara selebriti itu menjawab persoalan wartawan. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian sesi pendedahan Mamat harap isu Shuib dan Jep diselesaikan ini:
“Still mengharap Sepah akan buat comeback nanti..One fine day, insha Allah”
“Terbaik Mamat…Sebagai seorang sahabat sepatutnya Mamat bersikap begini..”
“Wei matang jawapan dia. Tak burukkan mana2 pihak langsung”