Ayda Jebat Kongsi Perjalanan Betta Fish Dalam The Masked Singer, “Menang Kena Kecam…”

Sponsored

Siapa sangka di sebalik maskot Betta Fish dalam rancangan muzik misteri, The Masked Singer adalah Ayda Jebat. Berjaya merangkul gelaran juara pada musim kali ini, Ayda Jebat sendiri bagai tidak sangka dengan pencapaiannya itu.

Terbaharu, Ayda Jebat kongsi perjalanan Betta Fish sepanjang menyertai rakaman rancangan The Masked Singer yang membawa tuah pada kariernya itu.

Sponsored

Kata penyanyi dan pelakon tersebut dalam video ini, “awak tak suka saya tak pe, janji awak suka Betta Fish”.

Sempat juga Ayda Jebat kongsi perjalanan rakaman nyanyian ketika rancangan tersebut. Katanya cabaran utama adalah menyanyikan dengan pelbagai cara supaya para juri tidak dapat meneka dalam kostum Betta Fish itu adalah Ayda Jebat.

Sponsored

Ternyata percaturan Ayda itu tepat dan mengena yang mana setiap minggu pelbagai nama penyanyi wanita lain disebut juri. Berikut adalah muat naik rakaman Ayda Jebat berkongsikan perjalanan Betta Fish dalam The Masked Singer musim tersebut:

@aydajebat

Click link kt bio. Menang kena kecam, tak menang pun kena kutuk. Apa pun, rezeki Allah bagi. Alhamdulillah.. Youtube saya dah upload perjalanan, rahsia2 TMS, and tengok saya tukr and tiru suara and character macam mana. Ok bye! #aydajebat #themaskedsingermalaysia #bettafish

♬ original sound – Ayda Jebat – Ayda Jebat

“Menang kena kecam, tak menang pun kena kutuk. Apa pun, rezeki Allah bagi. Alhamdulillah.. Youtube saya dah upload perjalanan, rahsia2 TMS, and tengok saya tukr and tiru suara and character macam mana. Ok bye! “

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka yang memuji bakat ada pada Ayda Jebat ini. Malah ada juga yang akui Ayda Jebat layak bergelar juara kerana berjaya mengelirukan juri.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

“Dah rezeki..Peduli pe orang cakap..Ko dah buktikan ko layak juara sebenarnya”

“Nama pun game competition bukannya AF Megastar. Bagi aku ok ja AJ menang”

“Sebagai penonton season 1 dan 2..Saya rasa akak paling layak juara S3. Sebab pandai betul sorok identiti eh..Penat saya fikir siapa Betta Fish ni”