“Saya Tak Boleh Terima Apa Dia Buat Pada Sarah Untuk Keluarga Perempuan Tak Bermaruah Tu…” – Datin Patimah

Sponsored

Semalam semua dikejutkan dengan berita Syamsul Yusof tidak jadi melafazkan cerai seperti yang dijadualkan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. Difahamkan, terdapat beberapa perubahan pada draf perjanjian yang tidak dipersetujui oleh Syamsul termasuklah jumlah nafkah diminta Puteri Sarah.

Susulan keputusan mengejutkan ini, hantaran yang dimuat naik oleh ibu mertua Puteri Sarah iaitu Datin Patimah telah menjadi perhatian ramai. Di dalam hantaran itu, Datin Patimah memaklumkan dia bersedia untuk memaafkan Syamsul di atas perbuatannya menduakan Puteri Sarah dan anak-anak mereka.

Sponsored

Bersedia maafkan Syamsul

“Sebagai ibu saya maafkan Syamsul tapi saya tidak boleh terima apa yang dia buat kepada Puteri Sarah dan anak-anaknya untuk keluarga perempuan yang tidak bermaruah itu.”

Walau bagaimanapun, dia tidak dapat menerima keputusan Syamsul yang memilih untuk mempertahankan keluarga Ira Kazar dan membuatkan kehidupan Puteri Sarah serta anak-anaknya hancur kerana mereka.

Sponsored

Difahamkan, hantaran itu berkaitan dengan keputusan Syamsul yang meminta Puteri Sarah menarik semula saman terhadap Ira Kazar dan keluarga. Namun Puteri Sarah menegaskan dia tidak akan sama sekali berpatah balik dan akan terus memperjuangkan haknya dan anak-anak.

Terdahulu, proses lafaz cerai oleh Syamsul terhadap Puteri Sarah yang dijadualkan berlaku pada 18 April tertangguh apabila pihak mahkamah ingin mendapatkan penjelasan daripada pengerusi JKP pada prosiding seterusnya yang dijangka akan berlangsung pada 25 Mei.

Sponsored

Pasangan itu sepatutnya dijangka bercerai semalam selepas kedua-dua pihak akhirnya duduk berbincang dan bersedia untuk berpisah dengan cara baik bersama terma-terma yang dipersetujui seperti nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram