Penampilan Maryam DurianKimchi Berhijab Dan Sopan Dipuji, “Maryam Jumpa Lelaki Yang Tepat”

Sponsored

Pasangan Youtuber di saluran DurianKimchi yang juga suami isteri ini sering mencuri perhatian ramai. Manakan tidak, dua budaya dari negara berbeza bergabung menjadikan pasangan ini agak unik. Si suami, Ryzal Ibrahim asal dari Kelantan, dan isterinya Maryam berasal dari Korea.

Terbaharu penampilan Maryam DurianKimchi yang kini sudah berhijab telah mencuri perhatian ramai. Seiring dengan perubahan penampilannya, Maryam juga turut dilihat menjaga batas dengan tidak bersalaman dengan lelaki.

Sponsored

Penampilan Maryam DurianKimchi ini telah dikongsikan menerusi akaun Tiktok suaminya Ryzalibrhm ketika menghadiri sebuah majlis. Menerusi perkongsian itu, dilihat Maryam dan Ryzal mengenakan busana dengan rona sepadan, hitam.

Berikut adalah perkongsian rakaman yang dimuat naik mengenai pasangan suami isteri Youtuber dan pempengaruh ini:

Sponsored
@ryzalibrhm

Ikut resmi padi, makin pendek, makin bahagia.

♬ zapin melayu – αLαɳ tMg

Wow, sempat juga bertemu dengan ramai selebriti popular di majlis dihadiri mereka ini. Malah kapsyen yang ditulis Ryzal ini turut menjadi perhatian ramai.

“Ikut resmi padi, makin pendek makin bahagia.”

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, penampilan jelita Maryam DurianKimchi berhijab ini telah menerima pujian ramai.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

“Cantik Mariam bertudung..Nampak manis..Tuan dah cantik pakai tudung lagi cantik”

“Murah rezeki bila mana si suami rendah dari isterinya”

“Alhamdulillah..Tengok Maryam ni mudah dibentuk. Semoga menjadi muslim yang hebat!”

“Maryam jumpa lelaki yang tepat, di saat dia dalam depress Ryzal bantu Maryam. Semoga bahagia selalu DurianKimchi”