Mas Idayu Akui Tegur Sebab Sayang Bakat Sissy Imann Dan Naim Daniel

Sponsored

Kejadian peserta sepupu yang menyertai sebuah rancangan di televisyen diberikan komen pedas oleh juri telah menjadi perhatian ramai. Kejadian tersebut menyebabkan penyanyi berbakat, Sissy Imann ‘menjauh’ hati dari dunia seni tanah air.

Malah Sissy Imann turut mendedahkan tidak akan meneruskan acara pelancaran album terbaharunya yang dirancang akan dibuat pada awal Februari. Selain dari Sissy Imann, pasangannya yang turut menyertai pertandingan itu, Naim Daniel turut meluahkan pendapatnya mengenai kejadian yang berlaku.

Sponsored

Baru-baru ini Mas Idayu memberitahu teguran yang diberikan mengenai persembahan Sissy Imann dan Naim Daniel pada Ahad lalu bukan kerana benci atau tidak suka.

Namun apa yang dilakukannya itu adalah atas dasar tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak produksi dan mahu melihat pasangan sepupu itu berjaya dalam kerjaya nyanyian. Tambahnya lagi Mas Idayu sangat teruja bila mendapat tahu Sissy dan Naim akan tampil dengan lagu Jampi yang susunan muzik diubah kepada keroncong.

Sponsored

Bagaimanapun Mas Idayu akui tegur mereka kerana kecewa dengan nyanyian sumbang pasangan itu dan dibezakan dengan iringan muzik yang besar. Tambahnya lagi dia juga sayang akan bakat yang ada pada Sissy Iman dan Naim Daniel tersebut.

“Tiada emak, cikgu atau sesiapa yang akan marah tanpa sebab. Saya tegur kerana saya sayang bakat mereka. Saya mahu mereka lebih berjaya apabila keluar daripada program ini nanti,” kata Mas Idayu.

Sponsored

Dalam satu perkongsian di TikTok pula, Mas Idayu akui tegur peserta tesebut adalah dengan menunjukkan cara sayang begitu. Ini kerana mereka adalah pelapis dalam industri seni.

@buletinfm

Sissy Iman dikatakan kecewa dan sedih terhadap komen yang diberikan oleh Mas Idayu semalam. Ini respon Naim Daniel. #FamiliDuo #sissyiman #naimdaniel #kecewa #komen #menangis #fyp

♬ original sound – Buletin FM – Buletin FM

Naim daniel pula berkata apa yang berlaku itu adalah satu pengalaman. Pada malam itu mereka datang membuat persembahan adalah sebagai kapasiti menghiburkan penonton. Mungkin peringkat seseorang menerima kata-kata yang dilemparkan bergantung seseorang itu.

Selain itu Naim juga akui kejadian tersebut adalah sesuatu yang tidak menarik untuk diingati. Naim turut memberitahu sehingga kini dia masih tidak dapat menghubungi Sissy. Tapi baginya bagaimana Sissy ‘react’ kepada apa yang berlaku adalah normal sebagai seorang manusia.