Suami Mas Idayu ‘Backup’ Isteri, Netizen Minta Tukar Juri Lain, “Of Course Dia Akan Sokong, Kalau Tak Nanti Tidur Luar…”

Sponsored

Isu kritikan pedas yang diberikan oleh Mas Idayu kepada Sissy Iman dan Naim Daniel masih lagi menjadi bualan hangat di media sosial ketika ini. Rata-ratanya tidak bersetuju dengan komen ‘pedas’ yang diberikan oleh Mas Idayu sehingga membuatkan Sissy Iman menangis dan hilang semangat untuk berkarya.

Suami kepada penyanyi dangdut itu juga turut terkena tempiasnya selaku penerbit program Famili Duo. Muhammad Sufian Che Isa tampil memberikan komen tentang isterinya yang dikatakan menengking peserta tersebut dan menyebabkan Mas Idayu teruk dikecam netizen.

Sponsored

Di dalam video temu bual itu, Sufian memberitahu cara dan gaya Mas Idayu memberikan komen adalah boleh dijangka oleh orang ramai. Tambahnya, dia faham perasaan dan situasi peserta apabila menerima komen dengan gaya yang begitu malah dia turut memahami penerimaan Sissy terhadap komen tersebut.

“Mungkin kita dah bertanding dalam 6 minggu, diorang ni sebenarnya penat dari segi fizikal dan mental. Tapi saya tidak boleh kata, siapa betul dan siapa yang salah…”

Sponsored

Walau bagaimanapun, ramai yang menganggap komen yang diberikan Sufian ini lebih kepada untuk mempertahankan tindakan isterinya itu. Malah ada juga yang meminta pihak produksi menukar juri lain untuk menggantikan penyanyi dangdut itu.

Komen netizen

Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan susulan komen yang dikeluarkan oleh suami kepada Mas Idayu ini. Ada juga yang membandingkan Mas Idayu dengan juri-juri lain yang lebih sesuai menjadi juri untuk membantu memperbaiki persembahan peserta.

Sponsored

“Rasanya his opinion will always one sided because Mas Idayu tu wife dia. Of course dia akan sokong. Kalau tak nanti tidur luar.”

“Datuk Syafinaz baru lah professional kerana menjaga hati para peserta pertandingan. Tidak menghina dan tidak mengecilkan hati peserta. Tukar juri.”

“Suami isteri tak sesuai dok dalam satu rancangan.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok