Masih Belum Dapat Keputusan, Hafidz Roshdi Sudah Selesai Jalani Rawatan Di Hospital Bahagia

Sponsored

Ramai yang sedia maklum dengan kemelut rumah tangga yang berlaku di antara Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada. Selain daripada isu orang ketiga, kecoh juga tentang kecederaan yang dialami oleh Shuhada yang didakwa dilakukan oleh suaminya sendiri.

Dilaporkan Hafidz sudah selesai menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia semalam seperti yang diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu sebelum ini. Terdahulu, pelakon itu didakwa menumbuk isterinya sebanyak tiga kali di bahagian muka sehingga mengakibatkan kecederaan.

Sponsored

Masih menunggu keputusan

Peguam yang mewakili Hafidz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader mengesahkan anak guamnya sudah menjalani rawatan psikiatri seperti yang diminta namun keputusan masih belum dikeluarkan. Difahamkan, ada beberapa lagi prosedur rawatan yang perlu diikuti oleh pelakon itu.

“Bila keputusan pemeriksaan akan dikeluarkan bergantung kepada doktor. Cuma dipihak Hafidz, dia sudah mengikuti pemeriksaan itu sebagaimana yang diperintahkan mahkamah sebelum ini.”

Sponsored

Dalam masa yang sama, Hafidz telah diberi kebenaran untuk berjumpa dengan anaknya sepanjang tempoh rawatan. Pelakon itu diperintahkan menjalani rawatan psikiatri oleh Hakim Siti Fatimah Talib selaku Majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Terdahulu, Hafidz mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan mencederakan isterinya di kawasan rehat & rawat (R&R) Sungai Buloh. Sekadar info, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah yang berusia 6 tahun dan Umar 2 tahun.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.