Semenjak kontroversi di antara Ira Kazar dan Puteri Sarah menjadi perhatian ramai, nama Kazar Saisi juga turut sama terpalit dengan konflik yang melibatkan anaknya itu. Malah ramai juga yang mengecam tindakan Kazar sebagai bapa Ira yang tidak menasihati anaknya yang dikatakan mengganggu rumah tangga orang lain.
Walau bagaimanapun, Kazar dikatakan masih kekal profesional di set penggambaran dan menjalankan tugas yang baik sebagai pelakon. Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh pengarah, Shuhaimi Lua yang memuji sikap Kazar dan menganggap pelakon itu seorang yang profesional serta pandai membezakan urusan kerja dan peribadi.
Katanya, kontroversi membabitkan perkahwinan anak pelakon itu dan Syamsul Yusof tidak menjejaskan tumpuan Kazar di set penggambaran. Tambahnya, pelakon itu juga seorang yang tenang semasa berada di set dan menjalankan tugas dengan cukup baik.
“Sebenarnya abang Kazar ni dia seorang yang tenang bila berada di set penggambaran, dia okay saja, happy, malah dapat laksanakan tanggungjawab lakonan dengan sempurna. Kazar ni dia orang lama jadi sangat professional, segala masalah semua dia tolak tepi dan apabila saya berbincang dan beri arahan, dia terima dengan baik.”
Cuma mencari rezeki
Dalam masa yang sama, dia menegaskan pelakon veteran ini hanya ingin mencari rezeki sahaja dengan tugasnya sebagai seorang pelakon dan menolak tepi semua masalah yang membabitkan namanya. Ujarnya lagi, sikap profesional yang ditonjolkan itu lah yang membuatkan pelakon itu layak diberikan pujian.
“Pelakon veteran ini mereka cuma cari rezeki, itu sebab mereka sangat professional dan tolak tepi segala masalah, itu yang saya puji mereka.”
Terdahulu, Syamsul Yusof mengumumkan mengenai pernikahan keduanya bersama Ira Kazar di sempadan Thailand dengan berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Kazar Saisi. Susulan pengumuman itu, Puteri Sarah selaku isteri pertama bertindak memfailkan tuntutan permohonan cerai terhadap suaminya.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.