Isteri kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Shahida telah selamat melahirkan cahaya mata mereka yang keenam baru-baru ini. Namun wanita ini mencuri perhatian ramai apabila menghadirkan diri di majlis berbuka puasa bersama para pekerja walaupun masih lagi berpantang.
Menerusi video yang dikongsikan ini, Datin Shahida memberitahu dia menguatkan dirinya untuk hadir di majlis iftar itu kerana telah berjanji dengan para pekerjanya sebelum ini. Malah dia turut hadir membawa anaknya yang baru berusia tujuh hari itu bersamanya.
“Demi janji saya pada semua staff, saya gagahkan diri juga untuk datang ke Majlis Iftar Dherbs walaupun baru berpantang hari ke 7. Kalau ikutkan badan memang tak larat tapi apabila melihat kegembiraan mereka bila dapat bonus terubat sikit penat.”
Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi dari netizen yang terkejut apabila isteri Aliff Syukri ini memilih untuk hadir walaupun masih lagi sedang berpantang. Netizen turut meluahkan rasa risau dengan kesihatan Datin Shahida termasuklah anaknya yang dibawa sekali.
Namun ada juga yang memuji kekuatan wanita itu yang kekal cergas dan masih mampu untuk berjalan dengan baik. Malah netizen menganggap pastinya Datin Shahida lebih tahu dan berpengalaman berkaitan hal pantang selepas melahirkan cahaya mata yang keenam.
“Saya hari ke-5 berpantang pergi mengundi. Biasa lah kalau bersalin normal, lepas 24 jam badan dah ok kalau betul-betul rehat.”
“Bersalin normal memang hari ke berapa dah ok, relax je jalan cuma tak boleh laju je.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.