Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, usahawan popular Datuk Seri Aliff Syukri pasti tampil dengan lagu rayanya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, lagu terbaharu Aliff Syukri yang diberi judul Chu Ku Chuk Raya sekali lagi mendapat perhatian di media sosial.
Menerusi Instagram Aliff Syukri juga dia berkongsikan perkembangan mengenai lagunya itu sehingga awal sebelum dilancarkan sehinggalah keluar di Youtube kelmarin dengan jumlah tontonan setakat ini mencecah lebih 200,000 views. Dalam pada itu, lagu raya Aliff Syukri ini telah trending.
Namun begitu, Aliff Syukri menerima kritikan ramai tentang lagu baharunya itu. Ternyata usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli juga bersuara namun ia begitu menjadi tumpuan apabila dia dilihat menegur Aliff Syukri depan-depan sehingga ada netizen terkedu dengan keberaniannya.
“Ada hati Dato @aliffsyukriterlajaklaris mengaku penyanyi nombor 1. Tajuk lagu pun Chu Ku Chuk Raya. Bukannya tak tahu Dato Sri @ctdk seorang yang menjaga hati,” tulisnya diruangan kapsyen.
Menerusi rakaman video pula, Iqbal Zulkefli menegur Aliff Syukri terutama tentang suara dan lagu terbaharunya itu. Mengenai Datuk Seri Siti Nurhaliza atau Tokti yang memberikan gelaran nombor satu kepada Aliff Syukri juga Iqbal berkata penyanyi wanita tersohor itu cuma menjaga hatinya.
Kalau bab ni aku sokong Iqbal, bubuh ja…
Depan depan terus tegur, aku sokong kau ball hahaha
Semua tak nak kalah jugak, nak rebut no 1 adoiii