Setia Teman Isteri ‘Shopping’ Raya, Gelagat Zamarul Hisham Raih Perhatian, “Untung Dapat Suami Macam Tu…”

Sponsored

Zamarul Hisham baru-baru ini menjadi bualan ramai apabila tular video memaparkan gelagat pelakon itu menemani isterinya membeli belah. Menerusi video yang dimuat naik itu, Zamarul dan isterinya, Diana Rafar berada di sebuah butik terkemuka untuk membeli kelengkapan hari raya.

Turut dapat dilihat, pelakon lelaki itu yang setia menemani isteri dan anaknya yang sibuk memilih baju raya untuk mereka sekeluarga. Apa yang menjadi perhatian ramai ialah Zamarul juga turut membantu isterinya membuat pilihan dan setia berada di sisinya semasa Diana sibuk membeli belah.

Sponsored

“Hebatnya dan sabarnya suami bila sentiasa melayan keinginan isteri. Sentiasa menemani isteri memilih baju walaupun dia rasa semua colour sama je.”

@ariani.os

So shuuuwittt taw pasangan ni, mimin suka tengok abg zamarul layan isteri dia. Mimin percaya suami kpd follower mimin semua pun mcm ni kan, mimin nak berikan 👏🏻 sbb nak melayan seorang wanita bukan la mudah 😅. #bergayadipagirayabersamaariani #arianilayaraya2023

♬ Permata (Untuk Isteriku) – Kopratasa

Netizen kagum

Perkongsian video itu turut menarik perhatian ramai di mana rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan memuji layanan yang diberikan oleh pelakon itu. Ujar netizen, kebiasaannya para suami hanya membiarkan sahaja isteri membeli belah dan menunggu di luar butik semasa mereka membuat pilihan.

Sponsored

Dalam masa yang sama, netizen turut mendoakan Zamarul Hisham dan isterinya sentiasa bahagia dan urusan mereka dipermudahkan. Meninjau di ruangan komen, ada juga yang turut berkongsikan pengalaman yang sama di mana suami mereka juga melakukan perkara yang sama seperti pelakon itu.

“Untung sangat siapa yang dapat suami macam tu.”

Sponsored

“Abang Zamarul pelakon lelaki yang paling saya minat dari saya remaja, anak dara sampai lah saya dah beranak pinak.”

“Untung lah lelaki aku kalau boleh nak cepat, kalau nampak warna nak tu terus ambik je.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok