Maya Karin Cakap Loghat Perak Curi Perhatian, “Kome..Mesti Sekampung Dengan Husin Kg Pisang”

Sponsored

Pelakon jelita yang seakan tidak dimamah usia, Maya Karin ini memang berbakat besar dan memiliki barisan peminatnya yang tersendiri. Seorang yang cukup pandai membawa diri, namanya masih gah dalam industri hiburan tanah air.

Terbaharu gelagat Maya Karin cakap loghat Perak telah berjaya mencuri perhatian ramai. Umum sedia tahu Maya Karin adalah wanita kacukan yang terkadang bahasa Melayu yang dicakapkannya ada kedengaran pelat sedikit.

Sponsored

Namun dalam satu video yang tular baru-baru ini, Maya Karin cakap loghat Perak dengan selambanya. Ini membuatkan ramai warganet yang berasal dari negeri tersebut teruja mendengarkannya.

Berikut adalah perkongsian rakaman dengan paparan gelagat pelakon jelita ini mencuba bercakap dalam loghat Perak yang dimuat naik menerusi akaun TikTok peminat Maya Karin:

Sponsored

Memang sempoi habis Maya Karin melayan lelaki tersebut mengambil tahu mengenai percakapan loghat Perak. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet berasal dari Perak nampaknya cukup teruja apabila Maya Karin sangat selamba begini.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

Sponsored

“Kome..mesti sekampung dengan Husin Kg Pisang”

“Maya Karin terhibur saya dengar bahasa Perak. Kalau nak hafal bahasa perak kawin lah dengan orang Perak”

“Comel la Maya ni bila dia gelak”

“Maya ni memang cantik la..Dia kalau marah tak yah jerit2 cukup sekadar jeling..Memang maut la jelingan dia”

SumberTikTok