Pelakon jelita dan terkenal, Maya Karin sebelum ini pernah mendedahkan diserang anxiety ketika pengambaran yang sedang dijalankan. Perkongsian itu menerima perhatian ramai dan pelbagai reaksi.
Pada malam Jumaat, sekali lagi Maya Karin mencuri perhatian ramai apabila terkena panic attack ketika menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia. Pada waktu itu, Maya Karin berpasangan dengan pelakon terkenal, Faizal Hussein.
Dalam satu rakaman ketika acara gilang-gemilang tersebut yang disiarkan secara langsung dari Melaka di TV2, kelihatan Maya Karin berpaut pada Faizal Hussein untuk membuka kasut tinggi yang dipakainya.
Berikut antara rakaman dengan paparan apa yang terjadi pada malam tersebut yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok:
Malah menerusi akaun Instagram milik pelakon jelita ini, dia turut memuat naik satu perkongsian mengenai Maya Karin kena panic attack tersebut. Di ruangan kapsyen, Maya Karin menulis seperti berikut:
“My hero last night .. such a gentleman, siap kutip my shoes yang tertinggal atas pentas.. “
Berikut adalah perkongsian penuh Maya Karin kena panic attack yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya itu:
Selain itu sempat juga maya memuji sikap gentleman Faizal Hussein yang membantunya ketika kejadian tersebut. Lebih mengagumkan apabila Faizal Hussein turut bantu mengutip kasut Maya Karin yang tertinggal di pentas. Memang hero malaya yang sebenar. Terbaiklah Faizal Hussein!