Sharifah Shahora terlupa diusik Intan Ladyana atas pentas, “Nakal eh dedua”

Sponsored

Baru-baru ini, anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) di Encore Melaka menjadi perhatian umum apabila terdapat ramai selebriti terlibat. Sesi menyampaikan anugerah juga mendapat sorotan penonton dan warganet apabila terdapat beberapa rakaman video turut tular di media sosial.

Meskipun begitu, dua penyampai anugerah yang melibatkan pelakon terkenal iaitu Shahirah Shahora dan Intan Ladyana membuatkan ramai terhibur apabila mereka digandingkan bersama untuk membaca dan mengumumkan pemenang bagi beberapa kategori.

Sponsored

Kejadian lucu cuit hati ramai

Mungkin disebabkan gementar, terjadi pula kejadian lucu di pentas Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) disaat Shahirah Shahora dan Intan Ladyana membaca anugerah. Pada awalnya Shahirah Shahora yang juga dikenali sebagai selebriti yang sering mencuit hati peminat dengan telatahnya mengundang penonton di festival tersebut juga terhibur.

Sponsored

Ini kerana, Sharifah Shahora yang perlu mengumumkan pemenang anugerah ternanti-nantikan siapakah pemenang namun sebenarnya dirinya yang perlu mengumumkan nama tersebut. Disebabkan kejadian itu, Intan Ladyana sempat mengusik membuatkan suasana semakin meriah.

Kejadian itu nampaknya tular dikongsikan di media sosial apabila ia ditonton lebih 1.8 juta kali. Dalam pada itu, warganet hadir meninggalkan pelbagai reaksi lucu terhibur dengan gelagat dua selebriti berkenaan di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang berlangsung baru-baru ini.

Sponsored

‘Tengok jugak semalam. Comel gila hahaha’

Intan

‘Nakal eh dedua Intan Ladyana comel alolo…’

Intan

‘Salah pun comel dan menghiburkan’