Melly Goeslow Sebak Duet Lagu P.Ramlee Dengan Cucu Allahyarham, “Mewarisi Bakat…”

Sponsored

Siapa sangka cucu kepada Allahyarham P.Ramlee, Najua yang turut berada di dalam industri hiburan tanah air dijemput ke pentas konsert Melly Goeslow yang berlangsung pada hujung minggu lalu.

Konsert penyanyi hebat dari Indonesia, Melly Goeslow itu diadakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan bertemakan alam persekolahan. Cukup meriah dengan kehadiran ramai selebriti dan peminat tempatan.

Sponsored

Najua P.Ramlee yang turut hadir dilihat tidak dapat menahan sebak apabila Melly Goeslow mula menyanyikan lagi tribute Allahyarham P.Ramlee. Najua kemudiannya dijemput ke pentas dan menyanyi bersama.

Rakaman Melly Goeslow sebak duet lagu P.Ramlee bersama cucu Allahyarham, Najua ini dimuat naik sendiri oleh anak muda berbakat tersebut. Berikut adalah rakaman detik paling bermakna di Konsert Ada Apa Dengan Melly? itu:

Sponsored
@officialnajuapramlee

2 hal berlaku pada hari kejadian.. itulah keajaiban. ujian demi ujian tapi allah gantikan dgn 1 hal yg xdpt aku gambar kan.. ALLAHHUAKBAR.. aku beli tix mengikut kemampuan aku sbb idola punya pasal tp tiba2 aku dpt hadiah dr IDOLA KU @mellygoeslawtv dpt tix depan sekali masyallah happynya.. dan kejutan lagi bila teh melly menjemputku naik atas panggung..allah allah allah,,,, aku happy sgt..dpt berdiri sebelahnya dpt peluk dia dpt cium tangan dia. terima kasih idolaku #adaapadenganmelly #konsertmellygoeslow #idolaku #mellygoeslaw #pramlee

♬ Bimbang – Melly Goeslaw

Dalam perkongsian yang dimuat naik menerusi akaun TikTok officialnajuapramlee ini dapat dilihat Melly Goeslow sebak duet lagu P.Ramlee dengan penyambung warisan paling berharga dan dikenali ramai ini.

Malah apabila Najua menyambung sahaja bait-bait lirik lagu berkenaan dapat juga dilihat reaksi Melly Goeslow yang terkejut dengan bakat anak muda ini.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet akui turut sebak melihat kedua-dua penyanyi ini berkongsi pentas dan menyanyi bersama tribute buat Allahyarham P.Ramlee. Berikut antaranya:

“Awak layak untuk dapatkan tempat dan lagu lebih baik dalam industri. Jangan berputus asa! Tunjukkan bakat awak!”

“Sedap suara awak dik..Berbakat..Mewarisi bakat Allahyarham P.Ramlee”

“Memang bakat arwah kat cucu yang satu ni. Rupa pun nak sama arwah atuknya”

“Semoga Malaysia tak terlambat nak hargai bakat cucu macam mana terlambat hargai jasa atoknye dulu”