Macam yang semua sedia maklum, pelakon Zarina Anjoulie telah mengikat tali pertunangan dengan Datuk Seri Khazrul Elzey sebelum ini. Namun baru-baru ini, pelakon itu memberikan bayangan seolah-olah hubungan itu telah pun putus di pertengahan jalan.
Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak mendedahkan punca yang menyebabkan perpisahan itu berlaku. Tetapi menerusi hantaran yang dimuat naik di Tik Tok, Anju meminta bekas tunangnya itu untuk lebih ‘gentleman’ dalam menyelesaikan masalah di dalam hubungan mereka ini.
Di dalam hantaran tersebut, Anju turut berharap Khazrul berhenti menjadikan dia sebagai ‘content’ di media sosial susulan perpisahan yang berlaku ini. Tambahnya, setiap konten yang dimuat naiknya itu hanya akan menyebabkan orang ramai mencarinya untuk mendapatkan jawapan.
“Adakah saya ni bahan content semata mata? Yang artis nya saya, harap kita boleh sama-sama matang dalam isu ini.”
Tidak cukup dengan itu, Anju berharap mereka berdua kekal matang dalam menyelesaikan isu ini dan memberikan peringatan kepada bekas tunangnya untuk tidak memberikan sebarang provokasi. Tambahnya, provokasi itu hanya akan memburukkan sahaja keadaan di antara mereka buat masa ini.
“Kalau awak rasa awak sayang lagi hubungan kita kemudian jadi gentlemen, call saya, mesej saya. Bukan posting kat TikTok pasal saya. Awak pernah jadi tunang saya, sudah tentu saya boleh bincang dengan awak.”
Dalam masa yang sama, pelakon itu memaklumkan dia sentiasa terbuka untuk dihubungi dan dibawa berbincang sekiranya itu yang dimahukan bekas tunangnya ini. Di akhir perkongsian itu, Anju berharap Khazrul dapat berhenti mengulas tentang isu itu dan menggunakan gambarnya sebagai bahan konten di media sosial.
Terdahulu, Khazrul menjelaskan kepada umum bahawa isu berat badan bukanlah punca yang menyebabkan mereka berpisah. Jelasnya, itu hanyalah gurauan yang dilakukan oleh Anju dan langsung tiada kena mengena dengan isu yang menyebabkan hubungan mereka terhenti di pertengahan jalan.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.