“Memang Ada Isu Kedua-Dua Belah Pihak Cuma Ralatnya Mereka Tidak Bersemuka…” – Soffi Jikan

Sponsored

Pelakon Aaron Aziz mengejutkan ramai apabila mengesahkan dia tidak lagi terlibat di dalam pembikinan filem Original Gangster arahan Syamsul Yusof. Walau bagaimanapun, pelakon itu tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai punca dia ‘dibuang’ dari produksi filem tersebut.

Susulan isu yang hangat diperkatakan ini, pelakon Soffi Jikan tampil mendedahkan mengenai kemelut yang berlaku di antara Aaron Aziz dan Syamsul Yusof. Menurutnya, terdapat isu yang berlarutan di antara kedua-dua mereka namun Soffi yang turut terlibat dalam pembikinan filem itu enggan masuk campur di dalam hal tersebut.

Sponsored

“Apa yang saya boleh kata memang ada isu kedua-dua belah pihak cuma ralatnya mereka tidak bersemuka untuk menyelesaikan masalah.”

Tambahnya, hal itu masih lagi berlarutan tetapi dia mengharapkan masalah tersebut dapat diselesaikan dengan cara baik oleh Aaron Aziz dan Syamsul. Dalam masa yang sama, Soffi turut meluahkan rasa terkejut apabila mendapat tahu nama Aaron Aziz digugurkan dari filem tersebut.

Sponsored

“Kami yang berada di set penggambaran lagi terkejut sebab ia berlaku secara tiba-tiba tapi kami semua profesional dan mesti ada sebab kukuh tentang keputusan dibuat Syamsul dan penerbit.”

Soffi Jikan juga tetap menaruh harapan agar filem tersebut akan mendapat sambutan dari orang ramai walaupun tidak menampilkan pelakon yang sinonim dengan watak gangster ini. Filem Original Gangster turut dibintangi oleh Datuk Rosyam Nor, Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Shaheizy Sam, Hairul Azreen dan Sharnaaz Ahmad.

Sponsored

Terdahulu, Aaron Aziz memaklumkan dia tidak menarik diri dari pembikinan filem tersebut sebaliknya telah ‘dibuang’ oleh pihak produksi. Namun pelakon itu tidak mahu mendedahkan puncanya kerana enggan mendedahkan aib sesiapa yang terlibat dalam hal ini.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbermstar