Kembali Bekerja Semula, View Chin Rakam Video Kawasan Tangga Di Pejabat, “Rasa Lama Tak Balik Office…”

Sponsored

Seperti yang diketahui ramai, sebelum ini kecoh mengenai kontroversi membabitkan pempengaruh Tik Tok, View Chin yang didakwa curang bersama pekerja di syarikatnya sendiri iaitu Mira. Pendedahan yang dibuat oleh Shermine yang merupakan bekas isteri lelaki itu turut menggemparkan ramai di media sosial.

Bukan sahaja curang, malah pempengaruh Tik Tok itu juga dikatakan melakukan hubungan terlarang bersama Mira dan pernah pergi bercuti bersama di Bali. Di dalam bukti mesej yang didedahkan Shermine itu, View dan Mira juga sering bertukar mesej serta merancang untuk berjumpa di kawasan tangga pejabat untuk berpelukan.

Sponsored

Susulan dari pendedahan ini, rata-rata netizen kemudian menyindir pempengaruh Tik Tok itu dengan perkataan ‘tangga’ yang menjadi kata kunci trending di media sosial. Malah ramai juga yang memerli tindakan pasangan ini yang sempat bermesra-mesraan di kawasan pejabat.

Baru-baru ini pula, View Chin dilihat kembali semula ke pejabat selepas kontroversi yang membabitkan dia, bekas isteri dan Mira. Di dalam video yang dimuat naik di Instagram Story, View Chin merakamkan kawasan tangga di pejabat yang menjadi bualan ramai.

Sponsored

“Rasa lama tak balik office.”

Dia juga memuat naik kapsyen sudah lama tidak kembali ke pejabat selepas apa yang berlaku bersama tanda pagar ‘tangga’. Walaupun tidak dapat dipastikan apakah motifnya memuat naik video di tangga itu, ramai yang berpendapat ia mempunyai kaitan dengan mesej perbualannya yang tular di media sosial sebelum ini.

Sponsored

Terdahulu, Mira membuat satu permohonan maaf secara terbuka kepada Shermine dan anak-anak di atas tindakannya itu. Namun wanita itu menegaskan dia dan View Chin mula menjalinkan hubungan cinta selepas pasangan itu sah bercerai dan tidak lagi menjadi suami isteri.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram