Wanita Indonesia Perlekehkan Bahasa Malaysia Tapi Semua Yang Disebut Salah, “Pakai Google Translate Ke…”

Sponsored

Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan semula di Twitter memaparkan seorang wanita Indonesia yang memperlekehkan penggunaan Bahasa Malaysia. Di dalam video itu, wanita tersebut menunjukkan perbezaan di antara tiga bahasa iaitu Bahasa Indonesia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Apa yang mencetuskan rasa kurang senang netizen ialah apabila wanita itu dilihat mentertawakan dan mempelekehkan Bahasa Malaysia dibandingkan dengan dua bahasa lain. Tidak cukup dengan itu, perbandingan yang dibuat juga adalah tidak tepat dan salah.

Sponsored

Antara kesalahan yang disebutkan ialah perkataan tandas yang dikatakan sebagai bilik berenung dan pengawal keselamatan dipanggil sebagai penunggu maling oleh rakyat Malaysia. Boleh dikatakan hampir kesemua yang disebut sebagai Bahasa Malaysia ini adalah tidak tepat sama sekali.

Perkongsian itu kemudian menerima kecaman hebat dari netizen Malaysia apabila wanita Indonesia ini bukan sahaja memperlekehkan Bahasa Malaysia tetapi turut memberikan maklumat yang salah. Malah rata-ratanya tidak menganggapnya sebagai lucu atau jenaka yang perlu diketawakan.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen mengutuk tindakan wanita itu yang memandang rendah terhadap bahasa negara lain. Dalam masa yang sama, netizen turut menuntut permohonan maaf dari wanita Indonesia ini yang telah menyinggung perasaan rakyat Malaysia yang menonton videonya.

Difahamkan, wanita berasal dari Indonesia itu kini menetap di Tawau, Sabah namun tidak dapat dipastikan dari mana dia mendapat perkataan Bahasa Malaysia yang disebutkannya itu. Berdasarkan tinjauan netizen, wanita itu juga pernah memuat naik beberapa video lain memperlekehkan Bahasa Malaysia di akaun Tik Toknya.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter