Menteri Komunikasi Setuju Trailer Filem Pulau Tak Sesuai Untuk Tayangan, Minta GSC Tarik Semula

Sponsored

Sejak kebelakangan ini, media sosial hangat membincangkan tentang filem Pulau yang akan ditayangkan pada 9 Mac akan datang. Ini semua kerana trailer filem tersebut yang telah menayangkan beberapa adegan yang dianggap lucah dan tidak sesuai untuk tayangan di Malaysia.

Dalam masa yang sama, ramai yang turut mempersoalkan tindakan Lembaga Penapis Filem (LPF) yang membenarkan adegan tersebut ditayangkan. Tidak kurang juga yang meminta pihak berwajib membatalkan sahaja tayangan filem itu di pawagam kelak.

Sponsored

Terbaru, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berpandangan trailer filem seram itu tidak sesuai untuk ditayangkan. Walau bagaimanapun, dia tidak boleh bercakap bagi pihak LPF yang bernaung di bawah Kementerian Dalam Negeri.

“Apa-apa prosedur yang dipantau oleh FINAS itu adalah berlandaskan kepada SOP perhubungan antara LPF dengan FINAS.”

Sponsored

Difahamkan, kelulusan yang diberikan oleh LPF adalah pada bulan September tahun lalu di mana pada waktu itu Fahmi Fadzil masih lagi belum menjadi Menteri Komunikasi dan Digital. Sebaliknya ia dilakukan oleh kerajaan sebelum ini dan perlu diteliti semula keputusan yang dibuat itu.

“Pandangan saya mungkin kita kena teliti semula beberapa SOP kerana jelas di sini telah berlaku satu pelanggaran dan saya difahamkan dari segi kelulusan LPF itu telah diberi pada bulan September tahun lalu, sebelum saya jadi menteri, sebelum kerajaan yang ada sekarang ini.”

Sponsored

Trailer filem akan ditarik semula

Merujuk kepada trailer filem tersebut yang telah viral di media sosial, Fahmi memaklumkan dia sudah berhubung dengan pihak Golden Screen Cinemas (GSC). Berdasarkan laporan yang diterimanya, Fahmi difahamkan kemungkinan terdapat beberapa babak yang dipotong terlepas masuk ke dalam trailer terbabit.

“Trailer itu tidak ada potongan seperti dalam filem sebenar, tapi saya tidak boleh bercakap lebih daripada itu dan saya mohon dengan rakan-rakan media untuk berhubung dengan pihak LPF.”

Susulan itu, penerbit filem berkenaan telah memutuskan untuk menarik semula trailer filem terbabit dalam tempoh terdekat dan melakukan penyuntingan terbaharu. Sebelum ini, FINAS memaklumkan mereka tidak bertanggungjawab memberikan kelulusan tayangan filem bergenre seram itu.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Prof Md Nasir Ibrahim dilaporkan berkata garis panduan kandungan penerbitan terletak di bawah bidang kuasa LPF. Terdahulu, filem bergenre seram berjudul Pulau ini menerima kecaman hebat di atas tayangan adegan lucah di dalam trailer rasmi mereka.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberawani