Mimi Lana Dedah Sebab Sebenar Pilih Syafiq Kyle, “Ramai Je Yang Handsome Kat Luar Tu Tapi…”

Sponsored

Macam yang diketahui ramai, pasangan Syafiq Kyle dan Mimi Lana mengumumkan mereka bakal mendirikan rumah tangga tahun ini selepas beberapa tahun berkenalan. Difahamkan, mereka juga sudah selesai menjalani kursus kahwin dan kini sedang sibuk melakukan persiapan majlis perkahwinan mereka.

Pengumuman ini sudah tentunya adalah satu khabar gembira buat para peminat mereka yang sabar menanti perkembangan terkini pasangan itu. Selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan cinta, pasangan ini akhirnya bakal melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan mereka.

Sponsored

Susulan berita pernikahan pasangan ini, tular video temu bual Mimi Lana apabila dia mendedahkan sebab-sebab mengapa dia memilih Syafiq Kyle sebagai pasangan hidupnya. Menerusi video yang dimuat naik di Tik Tok itu, Mimi memberitahu personaliti Syafiq adalah faktor utama dia terpikat dengan pelakon lelaki itu.

“Dia baik, memang baik. Yang baik itu lah, yang saya suka tu. Sebab kalau kita nak cari yang handsome-handsome, ramai je yang handsome kat luar tu. Tapi untuk kita cari yang baik, susah sebenarnya.”

Sponsored

Jelas Mimi, Syafiq Kyle yang dikenalinya itu mempunyai personaliti yang baik dan bukan hanya memiliki rupa wajah yang tampan semata-mata. Malah baginya, sukar untuk mencari seseorang yang mempunyai personaliti yang baik seperti itu di luar sana.

Komen netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Mimi itu dalam mencari pasangan hidup yang akan bersama-sama sehingga ke akhir hayat. Malah ramai juga yang mengakui berasa senang dengan personaliti Syafiq Kyle yang bukan sahaja baik tetapi penuh beradab.

Sponsored

Dalam masa yang sama, netizen turut meluahkan rasa cemburu apabila Mimi bukan sahaja berjaya mendapat pasangan hidup yang baik malah bonus pula mempunyai rupa paras yang kacak. Netizen juga turut tidak terlepas mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini dan berharap urusan perkahwinan mereka akan dipermudahkan.

“Masalahnya sapik tu memang hensem gila.”

“Kalau kita nak cari yang handsome-handsome tu, syafiq kyle pun dah terlajak handsome sekarang ni.”

“Masalah dia bukan setakat baik, pakej sekali handsome tu yang mahal tu.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok