Bekas isteri kepada vokalis kumpulan Bunkface meluahkan rasa tidak setuju dengan permohonan yang dibuat oleh Sam berhubung nafkah anak mereka. Menurut Aida Azira, ia sudah menjadi satu kewajipan bagi Sam untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.
Difahamkan, Sam dan bekas isterinya hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi sebutan kes tuntutan pindaan nafkah anak yang dibuat penyanyi itu. Aida turut meminta Sam untuk menunjukkan bukti sekiranya benar pendapatannya terjejas menyebabkan dia meminda nafkah anak mereka.
“Dia kena buktikanlah kalau dia tidak ada persembahan atau pendapatan. Tapi kalau tengok dekat media sosial macam bertentangan dengan apa yang dia cakap.”
Dalam masa yang sama, Aida meluahkan rasa tak setuju dengan permohonan Sam kerana sudah menjadi tanggungjawab penyanyi itu sebagai bapa untuk memberikan nafkah buat anak mereka. Selain itu, Aida turut mendedahkan bekas suaminya itu sudah lama tidak berjumpa dengan anak mereka selain tidak menjawab panggilan telefon.
“Mungkin dalam lima atau enam bulan sejak tahun lalu. Dia yang tak jumpa anak. Sudah tentu anak akan cari dia. Anak saya cuba hubungi dia, tetapi panggilan tak dijawab.”
Walau bagaimanapun, Sam yang ditemani adiknya Siti Saleha enggan memberikan sebarang komen sebaik sahaja keluar dari bilik mahkamah. Sebaliknya, vokalis kumpulan Bunkface itu hanya mengucapkan selamat berpuasa kepada pihak media sebelum meninggalkan kawasan mahkamah dengan menaiki motorsikal.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.