Minta buka hijab untuk ‘photoshoot’, Maryam kecewa disuruh menipu

Sponsored

Umum diketahui, pempengaruh terkenal yang dikenali dengan nama Maryam sejak akhir-akhir ini begitu menarik perhatian ramai apabila dia dilihat tampil berhijab. Penampilan sopannya itu membuatkan ramai memberikan pujian dan mendoakan yang terbaik buatnya.

Namun begitu, satu muat naik terbaharu Maryam di media sosial miliknya mengundang rasa geram ramai apabila dia diminta membuka hijab demi photoshoot. Maryam yang menolak untuk membuka hijab bagaimanapun meluahkan rasa kecewa kerana diminta menipu.

Sponsored

“Maryam reject buka tudung untuk photoshoot sebab diorang cakap kalau orang tanya cakap saja photoshoot tu buat sebelum saya pakai tudung. Allahuakbar saya tak sanggup lah buat macam tu so saya reject terus.”

Diminta menipu photoshoot buat sebelum bertudung

Sponsored

Maryam menerusi posting menulis kapsyen panjang di ruangan Instagram peribadinya yang mana dia juga dilihat begitu kecewa kerana diminta berbuat sedemikian. Dia juga merasa tidak percaya dengan brand tersebut yang memintanya menipu.

“You suruh saya buka tudung sebab brand you besar? You nak bagi 100k ke 1 juta ke there is no reason saya kena buka tudung.”

Sponsored

Maryam juga bersyukur kerana dikuatkan hatinya namun dia turut merasa tidak selesa apabila pernah diminta memakai hijab demi duit. Walau bagaimanapun, diruangan komen ramai turut bengang dengan tindakan pihak tersebut terhadap Maryam selain berharap agar pempengaruh terkenal ini turut kuat dan istiqomah.

SumberMaryam