Muat Naik Foto Mesra Dan Status ‘In A Relationship’, Hubungan Fuad Rahman Dan Tom Jadi Bualan Ramai

Sponsored

Kecoh di media sosial terutamanya bagi peminat rancangan program Gegar Vaganza musim ke-9 apabila tular foto mesra Fuad Rahman bersama Tom. Gambar yang tular di media sosial itu turut membuatkan ramai tertanya-tanya tentang status hubungan di antara mereka.

Sebelum ini juga pernah muncul khabar angin mengenai hubungan mesra di antara mereka sepanjang berada di program tersebut namun tidak dapat dipastikan kesahihannya. Terbaru, akaun Facebook Fuad Rahman memuat naik dua gambar mesra bersama penyanyi wanita tersebut. Tidak cukup dengan itu, Fuad Rahman turut memuat naik status ‘In A Relationship’ bersama Tom di akaun media sosialnya.

Sponsored
Status terkini Fuad Rahman

Perkongsian tersebut turut menimbulkan pelbagai spekulasi dan persoalan tentang hubungan di antara mereka kerana ada yang mendakwa penyanyi lelaki itu sudah pun berumah tangga. Tetapi muncul pula desas desus yang mengatakan Fuad Rahman sudah pun berpisah dengan isterinya sebelum ini dan kini membawa haluan hidup masing-masing. Perkara ini juga telah dimaklumkan sendiri penyanyi itu menerusi satu hantaran di Facebook pada hujung bulan lalu.

“My marriage it’s over and aku dengan wife tak ada jodoh dan kita berpisah dengan cara baik. Pls jangan salahkan my wife or aku jodoh kami tak lama sampai sini je…”

Sponsored
Video tular di Tik Tok

Selain dari foto mesra itu, turut tular sebuah video di Tik Tok memaparkan gelagat mesra penyanyi lelaki itu yang dilihat mencuit hidung Tom sekaligus menguatkan dakwaan kedua-dua mereka sedang bercinta. Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan yang terbaik untuk hubungan di antara Fuad Rahman dan Tom ini dan berharap ianya sampai ke jinjang pelamin.

@mimie_gojes

Tahniah FR n TOM👏🏻moga hubungan kalian kekal bahagia hingga ke jannah🥰آَمِيّـٍـِـنْ… آَمِيّـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن 🤲🏻#foryou #abcdef #yourfansloveyou #sosawit#fuadrahman2k22 #kingtom #fypシ

♬ suara asli – Lia – Lia💢

Dalam masa yang sama, ada juga yang memberitahu sudah dapat menjangka hubungan mesra di antara kedua-dua penyanyi itu semenjak berada di dalam program Gegar Vaganza ini. Namun spekulasi itu terhenti memandangkan pada ketika itu status Fuad Rahman masih lagi sebagai suami orang.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok