Penceramah bebas, Dai Syed yang baru sahaja menamatkan zaman bujang minggu lalu kini kembali menjadi perhatian ramai. Baru-baru ini seorang pengguna TikTok memuat naik kembali rakaman dari sesi live Dai Syed bersama isterinya, Hana Ismail.
Dalam rakaman tersebut, pasangan sama cantik dan sepadan ini sedang melakukan siaran langsung membuka hadiah perkahwinan mereka.
Malah Dai Syed dan isteri nampak cukup mesra dan romantis sekali biarpun di awal live kedua-duanya nampak malu-malu. Apa yang mencuri perhatian ramai adalah apa yang dibicarakan oleh isterinya.
Berikut adalah rakaman tangkap layar yang dikongsikan tersebut:
Selesai membuka hadiah pasangan ini sempat mengimbau detik perkenalan mereka yang mengambil masa hanya seminggu sebelum bernikah. Hana kemudiannya menitipkan pesan kepada Dai Syed supaya hanya memperisterikannya seorang sahaja.
“Sebenarnya yang ditulis adalah isteri-isteriku, tapi saya padam dan hanya jadi isteri…Biar dia kahwin satu, dengan saya sahaja. Tak ada orang lain. Awak make sure ee”, kata Hana menjelaskan mengenainya.
Namun Dai Syed bergurau akan meminta kebenaran kepada Hana.
“Kenapa cakap macam tu tapi saya minta izin dululah.” ujar Dai Syed bergurau.
Apa yang lebih meraih perhatian ramai adalah air muka Hana dilihat terus berubah seakan merajuk. Malah di ruangan komen, ramai juga yang perasan mengenai hal tersebut. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen:
“Muka Hana dah berubah tu”
“Faham isi hati Hanna. Tak pa Hanna doa baik2 moga jodoh kalian sampai ke syurga”
“Haish yang tu jangan gurau”