Pengantin Dikecam Minta ‘Edit’ Hilangkan Gambar Budak Pegang Bantal Busuk, Rupanya Ada Sebab Lain

Sponsored

Baru-baru ini, perkongsian seorang wanita di kumpulan Facebook ‘Edit Apa Hari Ni?’ menjadi bualan netizen apabila dia meminta bantuan orang ramai untuk menyunting beberapa gambar semasa majlis perkahwinannya.

Menurut wanita itu, dia meminta bantuan untuk ‘menghilangkan’ gambar seorang kanak-kanak yang dilihat berada di antara dia dan suami semasa majlis persandingan mereka. Turut kelihatan di dalam gambar itu, seorang kanak-kanak yang memegang sebuah bantal busuk berada di antara pasangan pengantin itu.

Sponsored

Tambah wanita itu lagi, dia suka dengan gambar tersebut namun terlepas pandang dan tidak sedar dengan kehadiran kanak-kanak itu di situ. Malah menurutnya, kanak-kanak itu bukanlah anaknya sekaligus mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.

Memandangkan kanak-kanak itu dilihat memegang erat tangan pengantin lelaki, ramai yang menganggap kanak-kanak tersebut adalah anak tiri kepada wanita tersebut. Oleh itu, ramai yang mengecamnya kerana ingin ‘membuang’ gambar anak tirinya dari momen indah itu.

Sponsored
Anak buah pengantin lelaki

Namun difahamkan, kanak-kanak itu sebenarnya adalah anak saudara kepada pengantin lelaki dan bukanlah anak tiri seperti yang didakwa. Seorang individu turut menjelaskan permintaan pengantin wanita itu bukanlah bermaksud dia tidak menyukai kanak-kanak tersebut.

“Mungkin dalam dua gambar ni pengantin rasa dorang nampak cantik/hensem dan nak frame kan sebagai kenangan, so mestilah nak gambar yang proper.”

Sponsored

Sebaliknya dia cuma ingin merakamkan momen indah itu bersama suaminya dengan versi yang lebih baik lagi. Oleh kerana majlis perkahwinan itu hanya berlangsung sekali sahaja seumur hidup, netizen berpendapat pastinya wanita itu ingin mendapatkan gambar terbaik bagi merakamkan kenangan tersebut.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberfacebook