“Muka depa ni seiras betul, macam twins”- Rakaman Sweet Qismina dan Adam Lee tarik perhatian ramai

Sponsored

Pasangan selebriti, Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi dan Adam Lee nampaknya semakin menjadi perhatian ramai di media sosial. Mana tidaknya, selepas disatukan sebagai pasangan suami dan isteri, kedua-dua pelakon ini membuatkan ramai peminat tumpang gembira melihat kebahagiaan mereka.

Adam Lee dan Sweet Qismina selepas menjalin hubungan cinta, mereka akhirnya disatukan sebagai suami dan isteri pada Oktober tahun lalu menyebabkan mereka semakin mendapat perhatian peminat.

Sponsored

Sweet Qismina dan Adam Lee

Terbaharu, satu rakaman video Sweet Qismina dan suaminya ini membuatkan ramai meninggalkan pelbagai reaksi kepada mereka apabila ada yang sempat merakam telatah sweet pasangan ini sedang makan.

Sponsored

Adam Lee juga dilihat sempat mengusik isterinya ini ketika makan namun dalam pada itu, wajah mereka yang dikatakan seiras sehingga dikomen sudah seperti kembar juga mencuri tumpuan peminat. Sama cantik, sama padan!

Hantaran yang berkongsikan rakaman video mereka berdua itu bagaimanapun penampilan Sweet Qismina juga menjadi bualan apabila ada yang memberikan pujian dengan pakaian yang dipakainya itu disamping ada yang mengambil peluang itu untuk mendoakan yang terbaik buat pasangan berkenaan.

Sponsored

‘Sejak kahwin ni Sweet selalu pakai baju loose, syabas dik. Selamat pengantin baru’

‘Muka depa ni seiras betul, macam twins’

‘Muka pun sama iras, semoga kekal bahagia till jannah’

Sweet Qismina
Sweet Qismina

‘Makin suka la dengan pasangan ni’