“Muka sama”- Video Amelia Henderson & Anna Jobling disangka ‘kembar’, netizen kata tambah Zahirah Macwilson

Sponsored

Selain kita lihat wajah seseorang yang sama dengan selebriti tular sejak kebelakangan ini, video dikongsikan oleh pelakon jelita, Amelia Henderson bagaimanapun menyebabkan ramai mempunyai pandangan yang sama tentang dia dan pelakon, Anna Jobling yang dikatakan sangat iras.

Sememangnya selepas kemunculan Anna Jobling dalam drama yang berjaya mencetuskan fenomena berjudul Melur Untuk Firdaus membuatkan ada yang tersalah sangka itu merupakan Amelia Henderson. Pun begitu, selepas sekian lama dikatakan mempunyai iras dan dikatakan macam kembar, Anna Jobling akhirnya muncul di rancangan yang dihoskan oleh Amelia Henderson di Studio Sembang.

Sponsored

Anna Jobling di Studio Sembang

Episod berkenaan membuatkan Amelia Henderson dan Anna Jobling berpeluang untuk merakam video TikTok bersama apabila mereka juga menggunakan sound yang popular sebagai individu yang dianggap kembar. Ternyata video berkenaan membuatkan mereka menjadi sorotan ramai dengan ditonton 2.7 juta kali.

Sponsored

Namun begitu, video yang dikongsikan itu juga mengundang peminat meminta agar ditambahkan dengan pelakon, Zahirah Macwilson yang mana ramai berpendapat dia dan mereka juga dikatakan mempunyai iras.

@ameliath

twinning always with @ANNA JOBLING have you guys watched @Studio Sembang this week? on Youtube, Spotify & Apple Podcasts 🤪

♬ original sound – chloelochia

Dalam pada itu, disebabkan wajah mereka yang dikatakan mempunyai iras, ada juga peminat berharap agar Zahirah Macwilson, Anna Jobling dan Amelia Henderson digandingkan bersama sebagai adik-beradik.

Sponsored

Please tambah Zahirah Macwilson…’

Amelia

‘Selama ni selalu tengok Anna teringat Amelia, sekali dok berdua macam ni, lagi sama’

‘Macam kembar…’

‘Dulu selalu keliru…’

Sumberameliath