Muzik Terhenti Masa Persembahan, Hael Husaini Kongsi Terpaksa Nyanyi Versi Acapella, “Show Must Go On…”

Sponsored

Peringkat separuh akhir rancangan muzik popular tanah air, Muzik-Muzik menyaksikan hanya 12 buah lagu yang berjaya mara ke peringkat akhir iaitu ke Anugerah Juara Lagu.

Sebanyak 30 buah lagu berentap di peringkat separuh akhir yang dijalankan pada hujung minggu lalu. Antara yang turut bertanding ialah penyanyi terkenal, Hael Husaini dengan lagunya ‘Sama Seperti Dulu’.

Sponsored

Di sebalik persembahan memukau yang diberikan, Hael mendedahkan sebenarnya terdapat satu insiden besar melibatkan masalah teknikal yang berlaku semasa persembahannya berlangsung.

@haelhusaini

Kejadian semasa live turn out to be acapella version 😅. But SHOW MUST GO ON! What an experience 💪 #sfmm37

♬ original sound – Hael Husaini – Hael Husaini

Masalah teknikal

Sponsored

Menurutnya, alunan muzik yang dimainkan terhenti semasa di separuh persembahan menyebabkan dia terpaksa meneruskan nyanyiannya secara versi acapella sahaja.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun penyanyi itu, kelihatan Hael meneruskan persembahan seperti biasa dan dalam masa yang sama hanya kedengaran suara penyanyi latar sahaja tanpa muzik.

Sponsored

Difahamkan, hanya mereka yang berada di studio sahaja yang dapat melihat apa sebenarnya yang terjadi kerana siaran di televisyen masih lagi kedengaran audio muzik seperti biasa.

Rata-rata netizen turut memberikan pujian di atas sikap profesional yang ditonjolkan Hael Husaini di mana dia dilihat kekal tenang meneruskan persembahannya.

Teruskan persembahan walaupun kurang sihat

Difahamkan lagi, penyanyi itu sebenarnya berada dalam keadaan yang kurang sihat atas faktor masalah kotak suara dan gangguan pernafasan berpanjangan selepas dijangkiti Covid-19.

Pada awalnya, Hael bercadang mahu mencari penyanyi gantian untuk membawakan lagu tersebut namun kesuntukan masa untuk mencari pengganti yang sesuai.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.