Dakwa Minum Susu Berlebihan Jadi Rabun, Netizen Persoalkan Suami Ustazah Viral Pakai Cermin Mata

Sponsored

Sejak kebelakangan ini, nama Ustazah Siti Afifah atau ustazah viral sering kali menjadi bualan ramai di media sosial dek kenyataan kontroversi yang dikeluarkannya.

Semuanya bermula dengan kenyataan mengenai suami dayus membenarkan doktor lelaki menguruskan isteri bersalin. Semenjak dari itu, ada sahaja video ceramah pendakwah itu yang tular dikongsikan.

Sponsored

Baru-baru ini pula, netizen meluahkan rasa kurang senang apabila suami kepada ustazah tersebut telah mengeluarkan satu kenyataan tentang pengambilan susu berlebihan.

Minum susu berlebihan jadi rabun

Sponsored

Menurutnya, seseorang yang minum susu secara berlebihan akan menyebabkan mata menjadi rabun. Susulan kenyataan itu, netizen mula mempersoalkan punca pendakwah lelaki itu bercermin mata.

Memandangkan suami kepada Ustazah Siti Afifah ini dilihat memakai cermin mata, netizen mengatakan adakah suaminya juga minum susu secara berlebihan seperti yang didakwanya itu.

Sponsored

Terima kecaman netizen

Dalam masa yang sama, rata-rata netizen turut berasa ‘geram’ dengan kenyataan tidak masuk akal dikeluarkan oleh ustazah viral ini dan suaminya. Tidak kurang juga yang menegur kesahihan maklumat yang dikongsikan itu.

Tambah netizen, maklumat yang diberikan seperti ini perlu lah mendapat rujukan dari pengamal perubatan terlebih dahulu sebelum dikongsikan kepada umum.

Berdasarkan tinjauan di Twitter, netizen berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap ustazah viral ini yang sering mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan ramai.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.