Nabila Razali nangis disamping ibu, terharu dengar nyanyian M.Nasir- “Bagus Bella ni”

Sponsored

Baru-baru ini telah berlangsungnya Konsert Malam Bulan Bintang di Axiata Arena manakala di stadium sebelah pula berlangsungnya konsert Blackpink World Tour. Meskipun begitu, konsert Malam Bulan Bintang juga cukup meriah.

Mana tidaknya, ia juga dimeriahkan dengan nyanyian ramai penyanyi tempatan dan antarabangsa seperti Datuk M. Nasir, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Opick dan beberapa lagi nama penyanyi tersohor. Namun begitu, kehadiran penyanyi Nabila Razali dengan seorang wanita dipercayai maknya turut mencuri tumpuan ramai apabila dia berkongsikan momen ketika itu.

Sponsored
@nabila.razalii

Tak tahu lah Mak layan anak atau anak layang Mak 🫣

♬ original sound – Nabila Razali – Nabila Razali

“Tak tahu lah Mak layan anak atau anak layan Mak,” ujar Nabila Razali pula diruangan kapsyen. Namun begitu, dalam satu video dikongsikan Nabila Razali membuatkan ada yang tertanya-tanya kepada dia menangis.

@nabila.razalii

Dengarkanlah panggilanku Dengarkanlah lagu untukmu Angin lalu, kau sampaikan Rasa rindu yang membara kepadanya …

♬ original sound – Nabila Razali – Nabila Razali

Rupa-rupanya Nabila Razali terharu dengan nyanyian penyanyi tersohor, Datuk M. Nasir dimana ada juga yang memahaminya. Tetapi dalam pada itu, kecantikan Nabila Razali yang ketika menangis juga nampak comel membuatkan warganet turut menghujani pelbagai komen.

Sponsored

‘Bagus Bella ni. Dia lebih prefer pergi konsert Malam Bulan Bintang Axiata Arena tak masalahnya sekarang kenapa nangis pon maintain cantik”

‘Nangis pun comey sangat ni. Macam mana ni, lagu ni memang menusuk ke kalbu kan kalau dihayati’

Sponsored

‘Lagu Suatu Masa M. Nasir ni memang akan buat air mata mengalir tanpa paksa’

‘Lagu nyanyian Dato M Nasir. Kenangan mengusik jiwa’