Umum sedia tahu lebih-lebih lagi yang tinggal di Kuala Lumpur dan Lembah Klang akan isu pengguna LRT dan pengangkutan awam yang lain. Dari isu servis hinggalah pengguna terlalu padat bila tiba waktu sibuk.
Biarpun begitu, baru-baru ini Menteri Pengangkutan naik LRT masa waktu sibuk spot check keadaan senyap-senyap telah mencuri perhatian ramai. Dalam satu muat naik oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilihat memakai topi dan pelitup muka ketika melakukan perkara tersebut.
Tengok sendiri situasi sebenar rakyat
Perkongsian yang dimuat naik menerusi akaun Facebook Anthony Loke itu turut meluahkan situasi sebenar yang dialami penumpang LRT laluan Kelana Jaya.
Berikut adalah muat naik yang dikongsikan tersebut:
Menerusi tinjaun Menteri Pengangkutan naik LRT tersebut, Anthony Loke menulis seperti berikut:
“Keadaan cukup sesak dalam tren dan sudah tentu tidak selesa kepada penumpang. Saya tidak memaklumkan kepada pihak pengurusan Prasarana dan pihak media kerana saya nak mengalami sendiri keadaan sebenar seperti penumpang-penumpang biasa untuk merasai apa yang mereka perlu lalui setiap hari.”
Ramai puji terus buat kerja
Mengambil maklum dan merasai sendiri apa yang dilalui oleh rakyat, Menteri Pengangkutan yang baru sahaja dilantik ini terus bertindak membuatkan ramai yang memujinya. Malah di ruangan komen juga, rata-rata netizen meninggalkan kata pujian mereka.
Selain itu ada juga yang membayangkan jika semua menteri undercover macam Anthony Loke ini lakukan pasti banyak masalah boleh dilihat sendiri .