‘Posting’ pertama lepas ke Mahkamah, foto Puteri Sarah ditemani adik-beradik terima pujian melambung-

Sponsored

Sebentar tadi, pelakon Puteri Sarah Liyana menjadi perhatian ramai lagi selepas hari ini dia dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof hadir ke Mahkamah. Ia berikutan Puteri Sarah telah menfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya itu.

Walau bagaimanapun, Puteri Sarah selepas pulang daripada Mahkamah memuat naik posting berkongsikan bahawa dirinya ditemani oleh adik-beradik perempuannya apabila dia berterima kasih kepada mereka kerana menemaninya pada hari ini.

Sponsored

Puteri Sarah & adik-beradik

“Tq so much teman kakak you today,” tulis Puteri Sarah ringkas diruangan kapsyen namun perkongsian terbaharu pelakon ini selepas sebentar tadi berada di Mahkamah membuatkan Puteri Sarah dihujani dengan pelbagai reaksi diruangan komen.

Sponsored

Menerusi sumber bagaimanapun, Syamsul Yusof dikatakan enggan menceraikan Puteri Sarah dan Mahkamah memerintahkan mereka melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam pemohonan cerai tersebut.

Menjengah ke ruangan komen posting Puteri Sarah terbaharu di ruangan Instagram peribadinya pula, adik-beradik kepada pelakon jelita ini dihujani dengan komen pujian melambung daripada ramai dan dalam pada itu, komen doa dan sokongan peminat serta warganet buatnya juga mencuri tumpuan di hantaran tersebut.

Sponsored

“Cantik cantik dan nampak bijak bijak semuanya…”

“Tiga wanita cantik yang high class”

“Gene cantik cantik belaka. Air muka semua baik-baik Alhamdulillah”

“Baguskan family ni walaupun ada adik yang cantik-cantik tapi tak pernah show off pun”