Ramai tertumpu dekat Sharnaaz Ahmad lepas dirakam jemput Jebat Jayden balik Umrah

Sponsored

Baru-baru ini, pelakon Sharnaaz Ahmad menerima pujian ramai selepas dilihat menghantar anak lelakinya, Jebat Jayden apabila keluarga bekas isterinya, Noor Nabila menunaikan ibadah Umrah dan turut ditemani anak mereka itu.

Gelagat Sharnaaz Ahmad yang juga mesra dengan keluarga Noor Nabila membuatkan ramai memberikan pujian terhadap mereka dan pelakon popular ini tidak semena-mena tular di media sosial.

Sponsored

Walau bagaimanapun, seorang individu bagaimanapun sempat terakam kelibat keluarga Noor Nabila iaitu Neelofa dan anak lelakinya, Bilal yang baru sahaja pulang daripada menunaikan ibadah Umrah namun gelagat Sharnaaz Ahmad yang mendukung Jebat Jayden turut menjadi tumpuan ramai.

@nazilihazirah

nak sambut mak sendiri balik umrah, rezeki terjumpa Bilal family’s, saya sambut dari jauh ajelee 🖐🏻haaaai ! #neelofa #neelofaharis #sharnaazahmad #fyp #foryou #mamusharnaaz

♬ Ya Rabb – SHOLAWAT MUSIC PRO

Perkongsian pemilik akaun tersebut yang ingin menyambut kepulangan maknya namun terjumpa keluarga selebriti tersebut ternyata turut membuatkan netizen dan peminat dalam pada masa sama begitu tertumpu kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad.

Sponsored

Mana tidaknya, sikap penyayang dan bertanggungjawab pelakon berkenaan terhadap anak lelakinya itu, Jebat Jayden mengundang ramai memberikan pujian apatah lagi selepas melihat Sharnaaz baru-baru ini menghantar anaknya dan kali ini menjemputnya pulang pula.

“Bagus betul Sharnaaz, anak dia gi Umrah dia ada, nak balik pun dia tunggu kat airport”

Sponsored

“Sharnaaz dan Fizo memang bapa terbaik, walaupun kehidupan masing-masing dah berbeza tapi tanggungjawab anak tetap diutamakan dan luang masa bersama”

“Ada Sharnaaz lah”

“Aku tengok si mamu jee”