Tular Video Warga Asing Jaga Dan Minta Bayaran Parking Di Bahu, “Viralkan Ja..Baru Cepat Depa Buat Kerja”

Sponsored

Baru-baru ini tular video warga asing jaga dan minta bayaran parking bahu jalan di Zoo Negara oleh individu tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.

Perkongsian yang dimuat naik menerusi akaun TikTok itu dipaparkan dua lelaki dikenalpasti sebagai warga asing bertindak meminta bayaran parking kepada pemandu yang mahu meletakkan kenderaan di tepi jalan terbabit.

Sponsored

Bayaran parkir yang diminta adalah sebanyak RM10 pada setiap kenderaan. Menerusi perkongsian tersebut kedengaran suara seorang lelaki yang dipercayai pemandu kenderaan bertanya tentang caj parkir dan lokasi letak kereta yang disediakan.

Berikut adalah perkongsian tular video warga asing jaga dan minta bayaran parking di bahu jalan Zoo Negara ini:

Sponsored

Di ruangan kapsyen perkongsian pemilik akaun TikTok dengan nama akaun mrredzul ini ditulis seperti berikut:

“Di tepi jalan sekitar Zoo NEGARA. menunggu tidak boleh ? parking boleh , RM 10 !”

Sponsored

Video tersebut telah meraih jutaan tontonan dan menerima pelbagai reaksi tidak puas hati warganet mengenai situasi tersebut. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian video ini:

“Kat Jalan Alor pun sama. Parking tepi jalan tau2 datang kata 10 ringgit”

“Cara ni betul bang…Viralkan ja kat tiktok..Baru cepat depa buat kerja..Kalau report atau kat tempat lain..xda apa tindakan..Goodjob bang”

“Betul cakap abang kita dalam ni..Boleh buat aduan pada majlis”

“Satu2 negara di dunia orang luar boleh berani dan takutkan warga tempatan”

SumberTikTok