Nadia Brian Ditengking Usahawan Demi Content, “Rasa Sangat Sedih Dipergunakan Seperti Ini”

Sponsored

Beberapa hari lalu tular di sosial media dengan satu luahan dari pelakon, Nadia Brian kurang senang akan seorang usahawan yang membuat video content terpekik-pekik tanpa persetujuan darinya.

Video tersebut bagaimanapun sudah diturunkan kembali dan usahawan terbabit telah memohon maaf mengenai kejadian itu. Menurut Nadia Brian, perkara tersebut tidak seharusnya berlaku dan semestinya perlu ada adab bila bercakap dengan orang serta bukan dengan menjatuhkan maruah sebegitu sekali.

Sponsored

Terbaharu Nadia Brian telah menjelaskan apa yang berlaku itu dalam sesi live di TikTok. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini video itu tidak sepatutnya dimuat naik kerana tidak sesuai dijadikan content dengan tak menghormati orang lain.

“Macam-macam content kadang-kadang boleh melukakan perasaan orang lain. Bagi Nadia benda itu tidak eloklah”, kata Nadia Brian di dalam sesi live di TikTok pada malam itu.

Sponsored

Jika dilihat dalam rakaman pendek itu Nadia Brian sedih hingga mengalirkan air mata berkenaan video dirinya ditengking menjadi tular. Dalam satu muat naik berbeza Nadia Brian memberitahu dirinya sudah baik-baik sahaja.

@nadia.brian

Thank you pada yang risau kat Nadia dengan apa yang berlaku.❤️ #NadiaBrian #Adaptakbolehbeli

♬ original sound – Nadia Brian Goldring – Nadia Brian Goldring

Terdahulu, video Nadia Brian ditengking oleh seorang usahawan wanita telah menjadi perhatian umum. Menyedari akan kewujudan video tersebut, pelakon dan model ini meluahkan rasa tak puas hatinya.

Sponsored

Malah pelakon ini akhirnya memuat naik semula video Nadia Brian ditengking usahawan wanita berkenaan untuk menjelaskan kepada peminatnya apa yang berlaku. Berikut adalah rakaman tersebut:

“Ramai yang tanya Nadia apa jadi. Inilah yang terjadi. Nadia rasa sangat sedih dipergunakan seperti ini. di record dan di post di social media tanpa pengetahuan Nadia. Nadia cuba untuk kawal perasaan dan respect dia sebagai orang yang lebih berumur dari Nadia pada waktu itu. Tapi tak sangka pula boleh post…”

Jika dengar sampai habis, Nadia Brian ada memberitahu yang dia ingin ke tandas. Malah di ruangan kapsyen, Nadia Brian menulis dan berharap perkara ini tidak berlaku lagi.

Untuk info, usahawan wanita ini sering memuat naik video meninggikan suara kepada pekerjanya. Malah dalam video yang dikongsikan itu juga wanita berkenaan sempat memberitahu Nadia, “Itulah content”.