Nama Anwar Ibrahim Dipetik Dalam Who Want To Be A Millionaire India, “Hebat Wei”

Sponsored

Salah satu rancangan yang pernah popular di Malaysia satu ketika dulu, Who Want To Be A Millionaire adalah game show yang pernah menambat hati ramai penggemarnya. Berkonsepkan rancangan yang mencabar pengetahuan am pesertanya, rancangan ini turut ada di beberapa negara lain seperti India dan Amerika Syarikat.

Jika di Malaysia rancangan ini dikendalikan oleh selebriti berbakat besar, Jalaludin Hassan, namun di India, Amitabh Bachan adalah pengacaranya. Terbaharu satu klip dari Who Want To Be A Millionaire India telah menjadi bualan ramai apabila nama Anwar Ibrahim dipetik dalam salah satu soalan buat pesertanya.

Sponsored

Dalam perkongsian oleh seorang pengguna Twitter baru-baru ini, soalan yang diajukan kepada peserta adalah negara manakah yang memilih Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pada 2022.

Berikut adalah rakaman dengan paparan nama Anwar Ibrahim dipetik sebagai soalan dalam salah sebuah game show luar negara ini:

Sponsored

Berdasarkan sedutan tersebut, peserta berkenaan berjaya menjawab soalan yang diberikan dengan betul. Rakaman yang dimuat naik ini telah meraih perhatian ramai dan rata-rata warganet kagum apabila nama Anwar Ibrahim turut dikenali di serata dunia.

“Anwar Ibrahim conquered Bollywood! Menahan diri…”

Sponsored

“Hahaha hebat wei..Sampai jadi soalan Who Wants To Be A Millionaire..Saya gagal menahan diri untuk impressed”

“Itu pengaruh Anwar Ibrahim. Satu dunia iktiraf dia”

SumberTwitter