Nama yang cukup tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air, Neelofa antara figura yang sering mencuri tumpuan ramai. Biarpun kini lebih menumpukan lebih masa pada perniagaannya, namun masih ramai peminat yang mengambil peduli dan mahu tahu mengenai Neelofa ini.
Manakan tidak, personaliti dan penampilannya seiring dengan kebijaksanaannya menjadikan Neelofa antara idola ramai. Terbaharu satu video yang dimuat naik oleh Neelofa menerusi Instagram miliknya telah menjadi bualan hangat.
Dalam video itu dilihat keletah Neelofa dan suaminya Haris Ismail berlakon sekaligus membuatkan ramai terhibur. Pasangan suami isteri ini melakonkan situasi bila wanita cemburu suaminya berbual dengan perempuan lain.
Berikut adalah rakaman yang Neelofa merajuk dikongsikan oleh figura ini menerusi laman sosial miliknya baru-baru ini:
Alahai comel je bila Neelofa cemburu, siap dengan pakej merajuk lagi tu. Mujurlah si suami faham dengan tugas untuk memujuk isteri tersayang. Apa-apa pun perkongsian rakaman Neelofa merajuk ini telah meraih lebih 1.8 juta tontonan.
Di ruangan komen pula rata-rata warganet dan rakan selebriti akui terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri ini. Berikut antaranya:
“Ahahaha so relatble! Cute gilar buat suara macam tu”
Menyengih2 tengok video ni”
“Hahaha dia punya mengajuk tu bunyi macam orang gesek biola”
“Totally can relate. Perempuan sampai ke sudah akan mengungkit intonasi sama”