Kemelut rumahtangga pelakon dan pengarah terkenal, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof nampaknya belum reda. Lepas satu persatu dibongkarkan oleh Puteri Sarah dan setiap luahannya menerusi akaun media sosial turut menjadi perhatian ramai.
Terbaharu, dalam satu muat naik yang dikongsikan Puteri Sarah menerusi Instagram Stories milikinya dipaparkan tulisan luahan hatinya berdasarkan apa yang berlaku kini.
Biarpun pelakon dan model itu kini sedang bercuti di Jepun bersama anak-anaknya, namun Puteri Sarah masih memuat naik di IGS mengenai situasi rumahtangganya.
Berikut adalah muat naik oleh Puteri Sarah yang telah menjadi perhatian dan bualan ramai itu:
Dalam muat naik tersebut, Puteri Sarah akui sebagai isteri sudah tentunya wajib untuk taat pada suami. Tapi sebagai isteri adakah kita akan seronok kalau tiba-tiba dapat tahu dah kahwin kat Thailand dan tak mengaku.
Malah Puteri Sarah sempat juga persoalkan tindakan Syamsul menyaman JAWI yang kecoh baru-baru ini dalah tulisannya itu. Berikut adalah tulisan penuh Siti Sarah tersebut:
“Ramai tanya Sarah pasal ni dan ada juga tak puas hati. Sebagai isteri, memang wajib taat suami tapi kita suka ke tiba2 tau2 kahwin kat Thailand? Pastu tak ngaku?
Btw nak saman JAWI tu da betul2 sure ke? Jangan terbalik pulak jadinya. Sis tanya je. Nak sambung makan popcorn kat Disneyland ni popcorn sedap,” tulis Puteri Sarah.