Netizen Akui Seronok Tengok Gelagat Artis Senior Bercuti, “Ni Baru Rombongan Pak Cik Kiah”

Sponsored

Sejak beberapa hari ini tular video sekumpulan artis senior bercuti di TikTok. Rakaman gelagat artis-artis ini ketika bercuti berkenaan telah membuatkan ramai terhibur.

Antara selebriti yang berada dalam kumpulan sedang bercuti di Jepun itu adalah Roy Azman, Datuk Ramli MS, Jalaluddin Hassan dan Jatt Black Dog Bone.

Sponsored

Luang masa nikmati keindahan alam

Menerusi perkongsian salah satu video oleh Roy Azman sendiri dapat dilihat mereka sedang menyelusuri sebuah sungai dengan sampan.

@thisisroyazman

Ghisauuuu gak tok jalal nih 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

♬ original sound – Roy Azman – Roy Azman
Gelagat masing-masing dalam sampan berkenaan telah mengundang tawa ramai. Apatah lagi apabila kedengaran Ramli MS atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram akui seperti sedang bermain longkang di Malaysia.

Gigih makan pakai chopstick

Manakala satu lagi rakaman dengan paparan mereka sedang menikmati ramen di sebuah kedai makan turut menjadi perhatian ramai. Dalam rakaman tersebut apa yang membuatkan ramai tertarik adalah gaya Roy Azman yang nampak berusaha gigih makan pakai chopstick.

Sponsored
@thisisroyazman

Menikmati ramen for the 1st time di Tokyo 😍 sedap gakk #tokyo

♬ original sound – Roy Azman – Roy Azman

Sempat hiburkan peminat

Bagaimanapun, dalam muat naik terbaharu dilihat Roy Azman dan Jatt Black Dog Bone menghasilkan video miming. Namun gelagat Jatt yang hanya berdiri tegak dan Roy Azman yang agak ‘nakal’ membuatkan ramai terhibur.

Menerusi ruangan komen, ramai akui terhibur dengan gelagat artis senior bercuti ini. Berikut antara komen ramai yang ditinggalkan di ruangan perkongsian tersebut:

Sponsored

“Mungkin boleh dah buat vlog panjang2 dekat Youtube masa diorang bercuti ni”

“Ni baru rombongan pak cik kiah nie..Hehehe comelll”

“Nasib baik kepala member tak jadi mic dia hahaha..Letih la tengok uncle2 g bercuti tak abes lagi haha”

“Aku penat lah tengok series pak cik2 ni gi bercuti.. Adee je pangai sorang2. Combination yang tak pernah terfikir”