Gelagat Mas Idayu Masa Persembahan Sissy Iman & Naim Daniel Jadi Bualan, “Tak Pandang Langsung Eh…”

Sponsored

Pasangan penyanyi Naim Daniel dan Sissy Iman mengejutkan ramai apabila mereka tampil membuat persembahan di dalam program Famili Duo. Selepas kontroversi yang berlaku di antara mereka dan Mas Idayu, ramai yang menyangka pasangan ini telah pun menarik diri dari program tersebut.

Walau bagaimanapun, Mas Idayu dilihat enggan memberikan sebarang komen untuk persembahan yang dilakukan oleh duo ini walaupun selepas ditanyakan oleh pengacara. Sebaliknya hanya Ajai sahaja yang memberikan komen selaku juri tetap program Famili Duo.

Sponsored

Bukan sahaja tidak memberikan komen, malah Mas Idayu juga dilihat sibuk menulis sesuatu di atas kertas di mejanya tanpa memandang wajah Sissy Iman dan Naim Daniel di atas pentas. Reaksi yang diberikan oleh Mas Idayu ini kemudiannya telah menjadi bualan ramai di media sosial.

Gelagat Mas Idayu jadi bualan

Ramai yang menganggap isu di antara Sissy Iman dan Mas Idayu masih lagi belum selesai secara baik apabila melihatkan reaksi yang diberikan oleh juri tetap di dalam program itu semalam. Namun ada juga yang memahami perasaan penyanyi dangdut itu yang mungkin terasa hati selepas dirinya menerima kecaman hebat di media sosial.

Sponsored

Komen netizen

Meninjau di ruangan komen, ada yang mempertikaikan tindakan Mas Idayu yang seakan-akan merajuk dengan insiden yang berlaku sebelum ini. Tambah netizen, tidak wajar untuk penyanyi dangdut itu terbawa-bawa perasaan semasa menjadi juri untuk menilai para peserta yang membuat persembahan.

“Mas Idayu tak pandang langsung eh… omg.”

Sponsored

“Dulu Baby Shima pun pernah kena teruk dengan Mas Idayu. Tapi disebabkan Baby Shima datang minta maaf, dia jadi ok…”

“Juri mana boleh emo.”

Terdahulu, Mas Idayu enggan memberikan komen untuk peserta-peserta lain di dalam program Famili Duo semalam. Namun selepas persembahan dari Ayda Jebat dan Fyna Jebat, penyanyi itu mula membuka mulut selepas dipujuk oleh pasangan dua adik beradik itu.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok